in

Keluarga Wanita Hamil Dibakar Kekasih Harap Pelaku Diberikan Hukuman Setimpal

Cats 79

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, kecoh apabila seorang wanita hamil dilaporkan telah dibunuh dan dibakar oleh teman lelakinya dalam satu kejadian di kebun kelapa sawit di Sabak Bernam.

Terbaharu, abang sulung mangsa berusia 27 tahun berkata, dia enggan mengulas lanjut berkenaan tragedi tragik yang menimpa adiknya itu sehingga siasatan selesai dilakukan oleh pihak berkuasa.


Kekasih Hamil Bakar Pengebumian

Sambungnya lagi dalam satu kenyataan, dia berharap agar pelaku dikenakan hukuman yang setimpal mengikut undang-undang di Malaysia.

“Saya tidak berniat mahu bercakap mengenai kejadian tersebut. Kami berharap si pelaku mendapat balasan setimpal mengikut undang-undang”, katanya selepas pengebumian adiknya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nelayan Sungai Besar.

Difahamkan, jenazah mangsa telah dituntut keluarga di Hospital Sungai Buloh. Proses mandi, kafan dan solat turut dilakukan di hospital itu dan proses pengebumian selamat dilakukan kira-kira pukul 8.15 malam.

Untuk rekod, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd. Alias berkata, hasil bedah siasat mendapati mengsa mati berpunca daripada luka tikaman di dada pada badan yang melecur.

Salam takziah buat keluarga mangsa.

Kredit: Kosmo

BACA: “Dia baik, mungkin keadaan memaksa” – Gadis Dakwa GF Suspek Kes Bunuh Buka Mulut

Capture 15

Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.