Ibu bapa sememangnya inginkan yang terbaik untuk anak lebih-lebih lagi terhadap keperluan pelajaran tanpa kisah sekiranya berhabis duit demi membentuk kemenjadian anak di masa hadapan.
Seperti baru-baru ini, tular sebuah hantaran yang telah dikongsi di media sosial mengenai situasi keluarga yang baru mengambil anak dari sekolah seperti kebiasaan orang lain.
Ambil anak naik kereta wira tapi bayar yuran sekolah RM1,400 sebulan
Hantaran tersebut telah dimuatnaik oleh Azizie Ar yang telah berkongsi pengalamannya melihat sebuah keluarga yang baru sahaja mengambil anaknya di sekolah dengan menaiki sebuah kereta wira yang agak usang.
Perkara ini telah membuatkan dia tersentap jantung seketika apabila keluarga tersebut mampu bayar yuran sekolah yang melibatkan RM1,400 sebulan tetapi datang ambil anak hanya menaiki Proton Wira.
“Ni salah sorang kawan dyan dekat sekolah, parents datang ambil naik wira je, tapi mampu bayar yuran bulanan sekolah ada RM1400+ sebulan.”
Pengorbanan ibu bapa terhadap anak
Dia juga meluahkan rasa yang terharu apabila memikirkan situasi tersebut. Walaupun hidup dalam keadaan yang sederhana tetapi kebajikan anak tetap dijaga demi pendidikan yang berkualiti untuk anak.
“Disaat org lain bayar bulanan kereta besar, rumah besar tp dia memilih sekolah yg terbaik utk anak. Idk how strungle parents utk bayar yuran anak. Besar pengorbanan ibu ayah kita kalau dikenangkan. Semoga dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki kita sebagai ibu dan ayah utk besarkan anak2.”
Menjadi perbualan netizen, ada juga yang minta berbaik sangka
Hantaran tersebut telah mendapat perhatian dimana rata-rata memberi pendapat mereka tersendiri di ruangan komen. Ada antara mereka yang menegur Azizie Ar kerana membuat andaian awal menganggap kereta Wira yang usang itu sebagai tanda kesusahan.
Ada juga netizen yang minta untuk bersangka baik bahawa kereta tersebut adalah kereta kedua mereka dan mereka adalah golongan berkemampuan atau T20.
Ada juga netizen yang betul-betul mengambil kisah yang telah dikongsikan itu perkara realiti kerana ada antara keluarga yang memang terpaksa untuk mengeluarkan sejumlah wang untuk menampung pendidikan seperti anak yang istimewa.
Apa-apapun kita seharusnya bersangka baik dengan sesiapa agar tidak berlaku salah fahaman dan tuduhan yang melalu kepada seseorang.
Baca: “Kan dalam kotak tu?” – Wanita Kena ‘Sekolah’ Gara-gara Cuba Viralkan Kereta Parking Tak Betul?