in

“Kan dalam kotak tu?” – Wanita Kena ‘Sekolah’ Gara-gara Cuba Viralkan Kereta Parking Tak Betul?

Collage 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman sekarang ni banyak juga masalah yang boleh diselesaikan dengan kuasa viral. Tapi sebelum kita post sesuatu, kita kena fikir betul-betul dulu takut pula kalau bendanya berbalik kepada kita kan?


Contohnya macam kes yang berlaku baru-baru ni di mana seorang wanita telah memuat naik beberapa gambar menunjukkan sebuah kereta yang parkir di sebuah pusat membeli-belah.

Kepada pemilik kereta BG* 9**9, lain kali tengok dulu sebelum jalan lah. Saya dah lah seorang dengan tiga anak kecil dan trolu penuh barang.

Tolong fikir pasal orang lain jugak… Haihhhh…

Fzicdnxuuaacmee

Dalam gambar yang dimuat naik ini, korang boleh tengok yang kereta wanita ini dan kereta di belakangnya terlalu rapat hingga menyukarkan wanita ini untuk meletak barang di dalam bonet.

“Masuklah anak dalam kereta dulu”

Pun begitu, rata-rata netizen yang melihat posting ini tak setuju dengan tindakan wanita ini yang cuba viralkan kereta tersebut. Menurut mereka, kereta tersebut tak melakukan apa-apa kesalahan kerana masih berada di dalam kotak parking.

Selain itu, beberapa netizen lain turut ‘sekolahkan’ wanita ini meminta agar dia masukkan dulu anak-anaknya ke dalam kereta sebelum anjakkan keretanya ke depan sedikit untuk mendapat ruang yang lebih luas. Hm betul jugak…

Screenshot 2022 08 03 At 1.17.17 Pm Down

Selepas dikecam, wanita ini kemudiannya meminta netizen untuk tidak melihat isu ini dari sudut negatif dan fikir situasinya ketika itu.

Fzmwgo9Ueaavvxy

Sebenarnya susah jugak bila nak kena handle tiga orang anak, nak kena bawak troli sampai tak boleh nak fikir apa nak buat. Memang fikir nak balik cepat je…

 

Baca: Kereta Penuh Dengan Sampah Gara-gara Salah Parking, Tapi Netizen Cakap Mangsa ‘Play Victim’?

Screenshot 2022 08 03 At 1.40.32 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.