in

Kedai Jual Komputer, Servis Telekomunikasi, Buku & Alat Tulis Dibenar Beroperasi Bermula Hari Ini

Collage 37

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan, kedai-kedai menjual buku, alat tulis, komputer dan servis telekomunikasi kini dibenarkan buka bermula hari ini.

Keputusan ini dibuat oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) selepas mengambil kira penglibatan pelajar, ibu bapa dan guru yang terlibat dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN), lapor NST.


Bhkedaibuku15 O Bhfield Image Socialmedia.var 1626350997

Pandemik COVID-19 mengubah cara pembelajaran harian dan semua institusi pendidikan kini mempraktikkan sistem pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara dalam talian.

“Justeru, kita membenarkan kedai komputer dan telekomunikasi serta kedai buku dan alat tulis untuk beroperasi sepanjang tempoh PPN.”

Sebelum ini, Kementerian Pendidikan mengumumkan pelaksanaan PdPR akan disambung untuk tempoh 25 hari bila sesi persekolahan dibuka semula pada 13 Jun bagi Kumpulan A dan 14 Jun bagi Kumpulan B.

Selain itu, Ismail Sabri turut memberitahu yang pelajar dari zon Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang perlu pergi ke zon PKPD lain untuk mengambil peperiksaan boleh berbuat demikian tapi dengan meminta kebenaran dari pihak polis.

 

Baca: “Kalau mama beli topup, kami x boleh beli beras dan lauk” – Luahan Murid Semangat Nak PdPR Buat Ramai Tersentuh

Screenshot 2021 07 16 At 10.25.48 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.