in

“Amboi meow!” – Kedai ‘Online’ Ini Jual Baju Raya Khas Untuk Si Bulus, Songkok Pun Ada

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sedar tak sedar dah hampir dua minggu kita berpuasa. Walaupun tahun ni kita tak dapat beraya di kampung halaman, kita masih boleh beraya, kan? Kalau pergi ke kedai-kedai atau mall, ada yang dah mula jual barang raya macam pelita, kuih raya dan baju raya. Banyak kedai-kedai online juga dah mula buat jualan hari raya.


Korang dah mula ke buat persedian raya? Dah ada idea nak pakai sedondon satu keluarga warna apa tahun ni? Kuih raya pulak korang buat sendiri atau beli je?

Bercakap mengenai persiapan Aidilfitri, hari ni admin nak kongsikan tentang satu kedai di Instagram (IG) yang menjual baju raya. Tapi, korang tahu tak, selain manusia, kucing pun ada baju raya tau! Macam-macam fesyen ada. Siap ada songkok lagi.

Nak tahu macam mana rupa dia? Haa… korang kenalah baca sampai habis!

Menurut laman sosial Instagram Meowkushop, korang boleh dapatkan baju raya custom made untuk anak-anak bulus korang.

Selain custom made, korang juga boleh belek-belek tengok senarai baju ready stock diorang. Memang comel!

Ada dua jenis fesyen baju Melayu untuk kucing jantan

Songkok pun hado!

Selain itu, online shop ini juga menjual songkok untuk si bulus. Ada songkok daripada material baldu dan ada juga yang daripada material cotton.

Baju untuk kucing betina pun ada

Untuk paw parents yang memiliki kucing gegirl, jangan risau sebab kucing korang juga tidak ketinggalan. Bagi kucing betina, meowkushop ada menawarkan beberapa fesyen menarik seperti Peplum, Kurung biasa, Kurung Kedah dan Kebaya Batik.

Bagi paw parents yang berminat, tunggu apa lagi? Mesti gempak gambar raya korang kalau si bulus pun sama-sama melaram macam tuannya.

Sumber: meowkushop

Baca: “Patut pakaikan Jeling shawl tuanku” – COMEL! Tuanku Permaisuri Menggayakan Kucing Dengan ‘Baju Raya’

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.