Bila dah berusia, tak pelik jika ada di antara warga emas yang terpaksa memakai gigi palsu disebabkan kesihatan oral yang kian merosot.
Tetapi, lain pula ceritanya dengan warga emas ini. Gelagatnya ketika makan kek telah mencuit hati jutaan warganet. Manakan tidak, gigi palsunya secara tidak sengaja ‘terlekat’ pada kek yang sedang dimakan!
Dalam video yang berdurasi 13 saat itu, wanita tersebut pada mulanya hanya menggunakan jari untuk merasa kek berperisa coklat itu.
@moon_vf Oh no Oh No No NoNo No No 😂😂 #alextremo #fypシ #viral #cumpleaños #postizas #placas
Tetapi, disebabkan ingin bergurau, nenek tersebut bertindak menggigit kek tersebut secara tiba-tiba. Lebih mengejutkan, gigi palsunya telah melekat pada kek tersebut!
Kejadian itu telah menyebabkan nenek itu tergelak, mungkin sebab malu dengan orang di sekelilingnya.
Mungkin gam gigi palsu yang dia pakai tu tak berapa kuat, kena pakai Polident la kot baru betul-betul lekat elok dalam mulut.
Mungkin juga kek tersebut agak keras sehingga menyebabkan gigi itu tercabut daripada mulutnya.
Sehingga kini, video tersebut telah meraih lebih 67 juta tontonan dan telah membuatkan ramai warganet geli hati.
Namun, kejadian seperti ini bukanlah kali pertama ia berlaku kepada pemakai gigi palsu.
Pada tahun 2019, seorang warga emas di China telah dimasukkan ke hospital gara-gara tertelan gigi palsunya ketika mahu makan lempeng.
Sumber: New York Post
Baca: [VIDEO] Gigi Palsu Tersembur Masuk Longkang Masa Marah Pengadil, Penyokong T’ganu Redha Kena Bahan