Korang jangan tak percaya wujud manusia yang terlalu taksub dengan permainan video sampai mereka mengabaikan benda-benda lain. Kadang-kadang sampai tak makan 2-3 hari semata-mata nak main game tersebut.
Itu belum lagi cerita part kalau mereka diganggu sewaktu bermain game tersebut, memang menempah bala lah namanya.
Cuma apa yang dilakukan seorang pemuda ni terlalu melampau!
Bapa tergamak tumbuk, tampar dan hempas bayinya yang berusia 1 bulan sampai mati sebab…
Memetik metro.co.uk seorang pemuda dilaporkan telah bertindak kejam terhadap bayinya yang berusia 1 bulan apabila dia menumbuk anaknya itu sampai mati selepas naik angin sebab kalah dalam permainan video..tergamak bapanya buat macam tu.
Anthony Trice, 26 tahun dilaporkan telah melemparkan permainan video yang dimainnya sebelum terus menumbuk bayi lelakinya, De’Anthony Trice dalam kejadian yang berlaku di rumahnya dia Louisville, Kentucky baru-baru ini.
Tak cukup dengan itu, Trice didakwa turut menampar dan menghempas bayinya yang berusia 1 bulan itu ke lantai.
Trice kemudiannya mengambil bayi itu dan bawa ke dapur untuk membuatkannya susu.
Dia seterusnya membawa De’Anthony ke bilik tidur dan meletakkan bayi itu dalam posisi duduk sebelum pergi ke bilik air.
Keadaan makin teruk, bayi tidak dapat diselamatkan
Namun, dia mula menyedari keadaan anaknya semakin membimbangkan selepas dia keluar dari bilik air dan bertindak menelefon 911.
Bayi berusia 1 bulan itu kemudiannya dikejarkan ke Hospital Kanak-Kanak Norton dan disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.
Trice yang pada awalnya didakwa melakukan kesalahan penderaan kanak-kanak tahap 1 kemudiannya bertukar dakwaan kepada kesalahan pembunuhan kanak-kanak tahap 1 selepas bayi itu meninggal.
Main video game tak salah tapi yang salahnya bila kau menyusahkan orang lain dan diri sendiri. Jadikan permainan video sebagai hobi cukuplah, jangan sampai terlalu taksub sampai memudaratkan nyawa.