in

Konvoi Motosikal Buat Bising di Majlis Perkahwinan Cetus Pergaduhan Berparang di PPR Gombak Setia

Parang Pukul

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Konvoi Motosikal Buat Bising di Majlis Perkahwinan Cetus Pergaduhan Berparang di PPR Gombak Setia
Loading
/

Majlis perkahwinan yang merupakan hari bahagia buat pasangan yang baru mendirikan rumah tangga tiba-tiba dicemari insiden ganas tidak disangka-sangka.


Penghuni kawasan projek perumahan rakyat (PPR) Gombak Setia ‘naik hantu’ dengan menyerang sekumpulan konvoi motosikal yang menghadiri majlis tersebut.

Melalui rakaman video yang tular di laman Facebook, penduduk setempat naik angin apabila kumpulan konvoi motosikal tersebut dikatakan membuat bising dengan memulas pendikit minyak dengan kuat hingga mengganggu ketenteraman penduduk PPR tersebut.

Insiden yang berlaku pada hari Sabtu kira-kira jam 1 petang itu bertukar kecoh apabila penduduk tempatan gagal mencapai persefahaman dengan pihak pengantin di Dewan Pusat Komuniti Taman Melati hingga mencetuskan pergaduhan.

Parang 1
sumber: facebook

Berdasarkan rakaman video berdurasi 1 minit 30 saat itu, sekumpulan lelaki yang dipercayai dari penghuni flat PPR berkenaan bertindak membawa parang dan mula menengking tetamu pengantin. Tidak cukup dengan itu, mereka juga memukul dan merosakkan beberapa buah motosikal meskipun telah cuba ditenangkan orang sekeliling.

Parang 2
sumber: facebook

Mengamuk sungguh ni!

Daripada rakaman tersebut juga kedengaran suara perakam video memohon maaf atas insiden bunyi bising tersebut, namun dia tidak diendahkan penduduk tempatan yang sedang amuk.

Menurut Kosmo!, pergaduhan juga tercetus apabila ada individu tidak bertanggungjawab membaling mercun ke arah konvoi pengantin lelaki. Ish, ish, ish! 

Seramai 20 orang dilaporkan mula bertumbuk di luar dewan sehingga sebuah kereta, gerai dan pintu dewan mengalami kerosakan. Seorang penduduk juga didakwa cedera ditikam dengan botol kaca yang pecah.

Parang 3
sumber: facebook
Parang 4
sumber: facebook

Tidak lama kemudian, pihak polis tiba di tempat kejadian dan menahan salah seorang suspek yang kemudian dibawa ke Balai Polis Setapak. Dalam pada itu, pihak polis masih mengesan 20 orang lagi suspek yang dipercayai terlibat dalam pergaduhan tersebut.

Rakaman video yang tular di media sosial itu telah mendapat pelbagai reaksi dari netizen yang rata-rata mengecam tindakan tidak matang kedua-dua belah pihak. Hal tersebut sepatutnya tidak berlaku di sebuah majlis perkahwinan, tambahan pula sambutan Hari Raya Aidilfitri masih lagi berlangsung.

Masuk kandang kambing mengembik, masuk kandang kerbau menguak. Hormatilah orang sekeliling. Harapnya tiada lagi pergaduhan seperti ini berlaku di masa hadapan.

Baca: Padah Hon Berkali-kali Ketika Solat Jumaat, Cermin Kereta Pecah Dipukul Jemaah Surau

Gaduh Solat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.