Pasukan perubatan di sebuah hospital digemparkan dengan kelahiran seorang bayi perempuan yang mempunyai ekor sepanjang hampir 6 sentimeter (sm). Kejadian dilaporkan berlaku di Mexico.
Bayi yang tidak didedahkan identitinya itu difahamkan dilahirkan melalui pembedahan caesarean. Ketika penemuan ekor itu berlaku, berita tentang bayi ini menjadi tajuk utama di akhbar tempatan dan antarabangsa.
Menurut doktor di situ, bayi itu tidak mempunyai sejarah terdedah kepada radiasi, atau jangkitan semasa di dalam kandungan. Malah, dia dilahirkan daripada ibu bapa yang sihat dan masih muda iaitu berusia lewat 20-an.
Ekor tersebut berukuran panjang 5.7sm, dengan diameter antara 3 milimeter (mm) dan 5mm. Ia juga berbentuk silinder dan menghala ke hujungnya. Selepas diperiksa, doktor menyatakan bahawa struktur seperti ekor diliputi kulit dan bulu seperti seekor haiwan. Malah, bayi itu akan menangis apabila bahagian tersebut dicubit.
Untuk tujuan pemeriksaan, pihak hospital telah melakukan X-ray Lumbosacral – ujian pengimejan yang membantu doktor untuk melihat anatomi bawah punggung. Namun, mereka tidak menemui sebarang bukti anamoli atau struktur tulang di dalam ekor.
Pakar perubatan juga mendedahkan tiada anamoli otak pada bayi tersebut, dan tiada masalah pada tulang belakang bayi yang boleh membawa kepada kewujudan ekor tersebut.
Kredit: Daily Star
BACA: [VIDEO] Seriau! Orang Ramai Takut Tengok Dua Ekor Monyet Bergaduh Sampai Dihanyutkan Ombak