in

“Kecik-kecik tunjuk gangster” – PDRM Berjaya Kesan Budak Bergaduh Berebut ‘Abang Angkat’ Dalam Video Viral

Collage 75

Semalam, satu video menunjukkan seorang remaja memukul seorang rakan sebaya di tangga sebuah kawasan perumahan telah tular di media sosial.

Video berdurasi 2 minit 2 saat ini telah mendapat perhatian ramai netizen yang rata-ratanya geram dengan tindakan remaja zaman sekarang yang tak segan silu tunjuk perbuatan membuli di media sosial.

Ekoran ini, kenyataan telah pun dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Bin Abdul Hamid menerusi Instagram rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dalam kenyataan tersebut, Fakhrudin mengatakan yang polis Petaling Jaya telah pun menerima laporan daripada seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun mendakwa dirinya dipukul oleh rakan sekolahnya.

Screenshot 2021 06 29 At 12.40.40 Pm E1624941905366

Pengadu dipukul oleh seorang kanak-kanak perempuan kerana cemburu hubungan pengadu dengan abang angkat iaitu seorang lelaki warganegara tempatan.”

Akibat dari pergaduhan ini, kanak-kanak malang tersebut telah mengalami kecederaan di bahagian kepala dan badan. Kejadian ini juga turut dirakam oleh salah seorang rakan suspek dan menularkan video ini ke aplikasi WhatsApp dan Instagram milik Suspek.

Pihak polis telah berjaya mengenalpasti kesemua suspek yang terlibat dan kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Pihak polis juga turut menasihatkan orang ramai untuk hentikan penularan video tersebut kerana kes ini masih dalam siasatan.

Bergaduh dah satu hal, pergi viralkan video diri sendiri bergaduh pun satu hal jugak. Haih…

 

Baca: [Video] Keluar Dengan Lelaki Lain, 17 Remaja Bergaduh Gara-Gara Seorang Perempuan

Screenshot 2021 06 29 At 12.46.10 Pm