Satu teguran telah membawa sampai ke insiden bunuh membunuh sesama rakan. Suspek yang merupakan dua orang beradik dari Indonesia Candra, 23, dan Calvin, 19 bengang kerana mangsa tidak datang meminta maaf kepadanya.
Mangsa Fran, 22 dibunuh kerana dendam Candra yang sebelum ini pernah tertikam ketiak kirinya oleh mangsa akibat tegurannya.
Tegur sebab berak merata-rata
Semuanya berpunca akibat satu perselisihan faham antara Candra dan Fran. Ketika mereka sedang melepask di sebuah pondok berhampiran rumah mereka di Jalan Meranti Sungai Buaya, daerah Kertapati.
Menurut Harian Metro, Candra ada tegur Fran yang buang air besar merata-rata dan ia membuatkan Fran jadi berang.
Mereka bertelagah tetapi dileraikan oleh rakan-rakan lain, namun Fran yang masih marah terus menyerang Candra sehingga menyebabkan kecederaan dibahagian ketiak kirinya saat Candra mahu pulang ke rumah. Lapor Tribunnews.
“Saat di rumah saya baru terasa sakit, dan saya pegang bagian belakang mengeluarkan darah”
Candra membuat keputusan untuk tidak membuat laporan polis dengan berharap agar Fran datang kepadanya untuk meminta maaf.
“Saya tidak melaporkan kejadian itu kepada polis kerana mahu menunggu dia meminta maaf, namun penantian saya sia-sia.”
Kecewa dengan sikapnya, saya dan adik menyerang Fran yang ketika itu sedang bekerja di bengkel dengan senjata tajam hingga maut.”
Menurut sumber, mereka pada waktu itu menyembunyikan diri dirumah pak cik mereka selama 3 minggu.
Kata Fran, pak ciknya pada waktu itu tak tahu apa-apa
“Paman tidak tau kalau kami habis membunuh, alasan kami dengan paman kami hendak mencari pekerjaan dan sembunyi disini selama hampir 3 Minggu.”
Sementara itu, Ketua Polis Palembang Anom Setiyadji telah mengesahkan bahawa dua beradik itu telahpun ditangkap pada 17 November lalu.
Katanya, kes pembunuhan itu berlaku akibat dendam lama antara suspek dan mangsa akibat masalah perselisihan faham.
Suspek ditahan ketika bersembunyi di rumah keluarganya. Kedua-duanya bakal berdepan hukuman penjara 15 tahun di bawah Akta 338 dan 340 kerana melakukan pembunuhan.