in

Kebahagiaan Rakyat Kini Keutamaan, KPKT Fokus Usaha Perkukuh Kesejahteraan

Ft

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu kebahagiaan rakyat bukan lagi perkara sampingan, sebaliknya kini menjadi antara fokus utama dalam pembangunan negara.

Dalam usaha ke arah itu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menegaskan komitmen mereka untuk terus memperkukuh kesejahteraan rakyat melalui pembangunan bandar yang mampan, inklusif dan selari dengan aspirasi Malaysia MADANI. 


Menurut Menteri KPKT, YB Tuan Nga Kor Ming, pencapaian Malaysia dalam World Happiness Report 2026 membuktikan bahawa dasar yang dilaksanakan ketika ini berada di landasan yang tepat.

Kpkt 4

Malaysia mencatat skor 6.005 bagi tempoh 2023 hingga 2025, meningkat berbanding sekitar 5.96 sebelum ini. Walaupun peningkatan ini dilihat kecil, pencapaian tersebut tetap menunjukkan usaha berterusan kerajaan dalam memastikan tahap kebahagiaan rakyat terus dipelihara dan dipertingkatkan dalam suasana global yang semakin mencabar. 

Malah, berdasarkan Ipsos Happiness Report 2026, tahap kebahagiaan rakyat Malaysia direkodkan pada kadar 81 peratus, sekali gus mengatasi purata global sebanyak 74 peratus. 

Dalam masa sama, KPKT turut memberi fokus kepada beberapa usaha utama bagi memastikan kesejahteraan ini dapat dikekalkan. Antaranya termasuk memperkasa agenda bandar pintar serta memperkukuh tadbir urus digital. Kualiti infrastruktur awam juga akan terus dipertingkatkan melalui pelaksanaan 400 projek di Kampung Baru dan 100 projek pembangunan Taman Rekreasi MADANI.

Artikel berkaitan: Galakkan Kesedaran Sivik, Anugerah Tandas Terbaik Jadi Acara Tahunan Kebangsaan

Artikel berkaitan: “Berbau, sempit” – KPKT Serbu Bilik Sewa ‘Liang Lahad’ Harga RM300

Selain itu, usaha ke arah pengurusan sisa yang lebih efisien turut dipertingkatkan melalui pembangunan pusat kitar semula pintar, selaras dengan pendekatan ekonomi kitaran. 

Kpkt 3

Dari aspek keselamatan pula, pembangunan pangkalan data banjir yang lebih menyeluruh serta pengukuhan peranan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menjadi antara langkah penting dalam meningkatkan daya tahan bandar.

Dalam ucapannya, beliau turut berkongsi empat amalan mudah yang boleh diamalkan oleh setiap individu untuk menjalani kehidupan yang lebih bahagia dan bermakna. Antara amalan tersebut ialah: 

  • Membudayakan amalan mensyukuri nikmat setiap hari dengan memberikan tumpuan terhadap apa yang dimiliki;
  • Memupuk rasa cukup dan menghargai semua perkara kecil dalam kehidupan;
  • Memelihara sikap positif dengan menjauhkan diri daripada elemen negatif; dan
  • Mengamalkan gaya hidup sihat seperti menjaga pemakanan, kekal aktif dan mendapatkan rehat yang mencukupi. 

Menurut beliau, amalan yang konsisten ini mampu membantu meningkatkan kestabilan emosi dan daya tahan individu dalam menghadapi cabaran kehidupan. 

Katanya, kebahagiaan yang dinikmati hari ini perlu dipelihara bersama agar masyarakat kekal positif, bersatu dan terus berdaya tahan dalam dunia yang semakin kompleks. 

Sumber: KPKT

Sumber: KPKT
Sumber: KPKT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.