in

“Keadaan dia tak sama” – Fattah Amin Jumpa Fatima, Dakwa Anaknya Itu Tampak Berbeza

Syaz Ft 2024 10 22T151119.051

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui tentang perceraian dua pelakon terkenal iaitu Fazura dan Fattah Amin pada awal bulan ini.

Rumah tangga yang dibina sejak tahun 2017 itu akhirnya bertemu noktah, mereka berdua dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang baru sahaja berusia 4 tahun.


Artikel berkaitan: “Saya fokus kerja, keluarga saya” –  Digelar Duda Hot, Fattah Amin Respon Ramai Nak ‘Halalkan’ Dia

Artikel berkaitan: “3 jam 44 juta like” –  Penangan Fattah Amin, TikTok ‘Live’ Dapat Lebih 100K Tontonan

Terbaru, pelakon filem Mat Kilau itu memaklumkan dia ada berjumpa dengan anak perempuannya baru-baru ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz)

Fattah menerusi Gempak berkata dia bersyukur apabila dapat meluangkan masa bersama puteri kesayangannya itu meskipun mengakui keadaan Fatima sangat berbeza.

“Alhamdulillah baru-baru ni saya ada berjumpa dengan Fatima cuma keadaan dia tak sama.

Tapi alhamdulillah, kami masih dapat berjumpa dan spent time sama-sama,” katanya.

Dalam pada itu, juara Hero Remaja itu turut menjelaskan Fatima juga masih tidak memahami keadaan yang berlaku terhadap keluarganya itu kerana dia masih kecil.

“Saya tak rasa dia faham sebab dia masih 4 tahun. Dia memang anak yang bijak dan pintar.

Rasanya dia tak faham seperti kita yang dewasa ini. Mungkin benda itu ambil masa, yang penting sekarang adalah sebagai bapa saya akan luang masa sebanyak mungkin untuk dia,” katanya lagi.

Sebagai info, Fattah dan bekas isteri, Nur Fazura sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Subang Bestari pada 7 Oktober.

Sumber: Gempak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.