in

“Kawan nampak depan mata” – Wanita Maut Jatuh Tebing 35 Meter Ketika Bergambar, ‘Posing’ Untuk Raikan ‘Lockdown’ Tamat

Jatuh Tebing

Seorang wanita dari Kazakhstan maut selepas terjatuh dari tebing di Antalya, barat daya Turki ketika mengambil gambar Ahad lepas.

Menurut The Mirror, Olesya Suspitsyna, 31, telah pergi ke kawasan itu bersama seorang rakan perempuannya untuk ‘posing’ di tepi tebing bagi meraikan berakhirnya perintah berkurung di bandar itu.

Olesya3

Selepas beberapa minggu duduk di rumah, Olesya dan rakannya pergi bersiar-siar di kawasan pelancongan yang terkenal dengan kecantikan pemandangan air terjun di situ.

Dia kemudian mahu mengambil gambar ‘berani mati’ di tepi teping yang berlatar belakangkan air terjun tersebut. Rakannya itu ikutkan saja dan tolong mengambil gambar.

Olesya1

Olesya kemudian memanjat pagar keselamatan dan terus ‘posing’ untuk gambar yang dimahukan. Malangnya, dia tergelincir di atas rumput hingga menyebabkannya hilang keseimbangan dan terjatuh dari tebing setinggi 35 meter itu dan maut.

Olesya5

Olesya2

Terkejut melihat kejadian itu di depan matanya, rakan Olesya yang panik terus hubungi nombor talian kecemasan untuk melaporkan insiden tersebut.

Mayat Olesya dilaporkan berjaya ditemui dan ditarik keluar dari kawasan air terjun dengan bantuan pasukan penyelamat. Polis mengklasifikasikan kematian itu sebagai kemalangan.

Olesya4

Baca: Bandar Di China Terpaksa Lockdown Semula Gara-gara Ada Yang Bawa Balik Virus Dari New York

Feature 4 18

Sumber: Daily Mail
Sumber: The Mirror
Sumber: The Sun
Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail