Tak kira course apa yang korang ambil di universiti, setiap course berbeza cabaran. Hanya pelajar yang belajar course yang diambil tahu kepayahan setiap pembelajaran sepanjang beberapa tahun untuk mendapatkan diploma/degree.
Tetapi ada pula mulut-mulut yang selalu cakap course Art & Design hanya untuk pelajar yang kurang pandai dan seperti tiada masa depan yang baik jika ambil course tersebut (Jangan lah cakap sesuka hati macam ni).
Siapa je tak marah bila orang lain sesuka hati nak assume macam tu. Fikirkan apa perasaan pelajar yang susah payah, penat dan berusaha untuk lulus atau aim untuk dapat dekan.
Perkongsian dari IIUM Confession ini mungkin akan buat korang ubah pandangan terhadap pelajar Art & Design :
“Orang mesti label budak kelas art yang ‘tak pandai’ belajar”
“Kejam kan pandangan manusia?”
P/s: Kadang kadang kita bercakap tanpa berfikir hati dan perasaan seseorang.
“..tolong la stop cakap budak art ni hadap subjek yang senang nak score”
“Kau tau tak rasanya bila usaha kau yang tinggi everest tu lecturer pandang macam sampah?”
“Please jangan nak main lepas cakap”
“Harap manusia-manusia yang suka pandang rendah kat budak Art ni tolong lah ubah fikiran sikit”
Tidak kira course apa yang korang amik, kalau minat mesti korang akan usaha sungguh-sungguh untuk dapat result yang elok kan? So jangan lah pandang rendah pada orang yang ambil course lain daripada korang. Sebab dorang pun confirm berusaha keras juga untuk dapat result yang baik.
Taknak gaduh-gaduh okay? 😀