in

“Kau kat rumah 2 3 helai pun malas lipat” – Lelaki Ini ‘Sound’ Pelanggan Tak Bermoral ‘Buli’ Pekerja Butik

Sale

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

BIasalah waktu hujung-hujung tahun ni memang musim-musim ‘sale’ di pusat membeli belah. Sudah semestinya akan ramai orang berkerumun di sesebuah butik itu.


Pasti akan terjadi satu perkara yang kurang menyenangkan dimana sikap pelanggan yang suka lipatan baju yang tersusun rapi.

Ya, ia adalah tugas pekerja untuk menyusun dan melipat semua pakaian tersebut. Namun, isitilah customer always right itu tak semestinya boleh digunakan sebagai alasan untuk tidak menjaga adab!

 

Ambil baju campak ambil baju campak.

Ambilbajucampak
Sumber : twitter

Kejadian ini berlaku di Padini Velocity, pelanggan geledah baju yang telah dilipat dan biarkan begitu sahaja, dengan anggapan bahawa biar pekerja yang lakukan semuanya.

Bagi menyedarkan keprihatinan kita, pengguna Twitter yang dikenali sebagai Syed Yayat membuat teguran secara terbuka kepada pelanggan yang tak beradab ini.

“ATTITUDE WAKE UP CALL FOR THOSE MALAYSIANS THAT HAVE NO MANNER.

Lokasi: Padini Velocity

Sempena Diwali, Padini ada buat sale. The most saddest part is this kind of Malaysians attitude, ambil baju campak ambil baju campak.”

 

“Kebanyakan pelanggan akan kata buat je la kerja…Kau kat rumah 2 3 helai pun malas lipat”

Ambilbajucampak2
Sumber : twitter

Most customers would say, “buat je la kerja.”

Weyh dah kalau kau ambil campak dan ambil campak pekerja setiap section seorang. Kau fikir diorang ada cukup masa ke nak lipat semua to make it looks okay?

Even baju kau kat rumah dua tiga helai pun malas lipat.

Plus, ada yang jatuhkan dua tiga helai baju buat tak tau and tried to walk away  as a customer yang ada moral, aku tepuk bahu brader tu “weyh kutip, jatuh tu” nasib dia kutip.

Memang betul apa yang dikatakan memang lah pekerja di bayar, tapi itu tak bermakna kita kena susahkan mereka.

Tak bermakna kita boleh gunakan terma “pelanggan selalu betul” kita boleh ‘pijak kepala’ mereka. Sepatutnya kita harus bermoral tinggi dan bertimbang rasa. Kalau makan fast food boleh angkat dulang, kenapa dekat butik tak boleh kan?

 

“Customer always right”..Ni la jadinya bodoh sampai menyusahkan orang

Ambilbajucampak3
Sumber : twitter

“And women are the worst. Even ada baju yang dah bukak dari lipatan, dia still ambik yang PEKERJA BARU LIPAT. Then guess what? Dia campak depan pekerja tu. Macam tu je! Sungguh buruk Akhlak, moral, orang Malaysia ni.

Listen people, Benda bodoh ni terjadi because of these words…

“Customers always right”
No they’re not, we’re not.

“customers SOMETIMES right.”
Terlalu banyak manusia bodoh di luar sana. Bila guna always right, ni la jadi nya bodoh sampai menyusahkan orang.”

 

Ubah lah sikap wahai orang Malaysia

Ambilbajucampak4
Foto netizen kongsikan keadaan di butik lain pula di twitter

“Padehal boleh je minta pekerja situ carikan saiz. Ni tak ambik campak. Aku tengok pekerja situ pun kesian.

Please Malaysian,
Change your lousy attitude.
Yours sincerely,
Not a perfect Malaysian that wants a better environment,
Samad kacak.”

Kalau susah apa kata minta bantuan pekerja untuk carikan baju, sekurang-kurangnya dapatlah meringankan beban mereka untuk mengemas tempat bersepah memandang mereka tahu kedudukan saiz baju yang kita inginkan.

Come on Malaysian, nama pun Malaysia Baru, cuba la ubah sikit perangai.

 

Baca: Orang Ramai Berebut Beli Belah di Econsave Sebab TMJ Nak Belanja, Tapi

Page 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.