Seorang kanak-kanak perempuan berumur 3 tahun telah diseret oleh ibu kandungnya sendiri dekat atas tanah hanya sebab dia merosakkan pokok cili milik jiran.
Wanita yang dalam lingkungan umur 30-an itu berasa geram terhadap tindakan anak perempuannya itu dan secara tidak langsung sanggup mengheret budak itu hampir 10 hingga 12 meter.
Dia yang langsung tidak menghiraukan jeritan dan tangisan budak itu terus sahaja mengheretnya kerana mungkin ingin beri pengajaran. Tapi kecil lagi kot?
Menurut portal sosok.id, kejadian ini berlaku di Gampong Pie, Kecamatan Meuraxa, Banda Aceh, Indonesia.
Lebih memilukan apabila kanak-kanak perempuan itu hanya memakai singlet dan seluar pendek berwarna hijau ketika dia kena seret. Mesti sakit!
Nak campak dalam perigi pulak?
Tak cukup dengan itu, selepas mengheret anaknya itu hingga ke halaman rumah sendiri, wanita itu kemudiannya mengacah ingin campk anaknya ke dalam perigi. Mungkin diugut akan di campak ke dalam perigi, kanak-kanak itu tidak henti menangis dan meronta ketakutan.
Polis turut mengesahkan bahawa kejadian ini berpunca apabila anak wanita itu secara tidak sengaja merosakkan pokok cili milik jiran.
Dia yang entah macam mana terus hilang pertimbangan terus melakukan perkara sebegitu terhadap anak kecilnya itu.
Namun, sehingga kini wanita itu masih belum ditahan oleh pihak polis kerana dia mempunyai anak yang umurnya kurang dari setahun dan masih menyusu.
Semasa kejadian juga, suami wanita berkenaan tidak berada di rumah.