in

“Bentuk square”- Ini Sebab Kenapa Jepun Tanam Tembikai Berbentuk Lain Daripada Yang Lain

Feature 3 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang yang minat dengan kemajuan dan teknologi negara Jepun mesti dah sedia maklum yang negara matahari terbit ada cipta tembikai dalam bentuk yang rare dan tak boleh didapati di tempat lain iaitu square watermelon atau tembikai kiub!


Mungkin ramai yang tertanya-tanya, kenapa Jepun tanam tembikai guna bentuk ini. Sebenarnya, menurut BBC, pada sekitar 40 tahun lalu, tembikai jenis ini telah dicipta sebab nak jimatkan ruang dalam peti sejuk jika buah itu mahu disimpan dalam ruangan tersebut.

Tembikai 1

Difahamkan, ianya telah dicipta oleh Tomoyuki Ono pada 1978. Logik juga alasan tu sebab ruang di rumah orang Jepun terutamanya di bandar besar kan terhad so, peti sejuk rumah mereka juga mungkin tak begitu besar.

Ada juga yang kata bentuk buah ini dapat mengelakkan buah tersebut daripada bergolek-golek ketika dipotong. Genius jugak idea ni kan. Min selalu struggle kalau nak potong tembikai, dah macam tengah main fruit ninja.  

Selain itu, menurut laman web hisgo.com pula, square watermelon ini juga ditanam untuk memudahkan proses penghantaran. Jadi, senang sikit kerja dorang nak susun tembikai jenis ni dalam lori. 

Untuk pengetahuan semua, tembikai jenis ini akan ditanam dalam kotak kaca yang berbentuk kiub supaya tembikai tu akan membesar mengikut bekas unik tersebut. Namun, harga buah tembikai square ini dah mahal dan kini, ia selalunya hanya dijadikan perhiasan sahaja, lapor laman web Now This.

Bukan itu je, selain bentuk square, ada juga tembikai yang ditanam mengikut bentuk hati dan piramid. Dengar kata, kalau nak tanam ikut muka manusia pun ada boleh! 

Tiba-tiba tekak ni teringin pulak nak minum jus tembikai. Mesti refreshing kan.

Sumber: BBC, laman web hisgo.com, Kotaku, Now This 

Baca: “Ada flavour pulak tu”- Jepun Hasilkan Face Mask Daripada Roti, Siap Boleh Makan Lagi!

Tembikai

Sumber: Iluminasi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.