in

Gara-gara Sambal Sotong Tak Letak Garam, Suami Campak Pinggan Depan Isteri

Sambal Sotong

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perkahwinan yang baru dibina hampir musnah apabila tindakan seorang suami mencampak pinggan hanya disebabkan lauk sambal sotong yang dimasak isterinya tidak masin seperti apa yang dikehendakinya.

Tanda protes terhadap masakan isterinya itu membuatkan isterinya meluahkan rasa sedih di media sosial sehingga mendapat perhatian warganet.


Sambal Sotong
Gambar hiasan

Menurut wanita itu, dia baru seminggu berkahwin dengan pasangannya dan cuba memasak lauk sambal sotong tetapi sudah terbiasa tidak meletakkan garam pada juadah itu.

Dia tidak menyangka suaminya menjadi berang dan sanggup campak pinggan ke lantai. Wanita itu lebih tersinggung apabila suaminya mengatakan dirinya tidak berguna sebab tak pandai memasak.

Artikel berkaitan: “His favourite dish…” – Lepas 9 Bulan, Shuhada Baru Boleh Masak Sambal Sotong Kegemaran Hafidz Roshdi

Artikel berkaitan: Ramai Terjebak Masak Resepi Ira Kazar, Sampai Sotong ‘Out Of Stock’ Dekat Pasar!

Dianggap keterlaluan kerana langsung tidak memberi peluang untuk isterinya belajar memasak memandangkan mereka baru sahaja mendirikan rumah tangga.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mempersoalkan tindakan lelaki tersebut kerana terlalu kasar menjadi seorang suami.

Whatsapp Image 2023 10 14 At 14.22.31 1
Sumber: resepi_masakan_makanan

Whatsapp Image 2023 10 14 At 14.22.31

Ramai yang bersimpati dengan wanita itu yang salah memilih pasangan hidup ada juga yang komen memberikan nasihat agar wanita itu bersabar.

Selain itu, ada juga yang mendoakan agar Allah S.W.T merubah lelaki itu menjadi lebih baik kepada isterinya..

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.