Sebuah pesawat ringan jenis Cessna 208 berjaya didaratkan oleh seorang penumpang selepas juruterbang pesawat itu telah mengalami masalah kesihatan secara tiba-tiba ketika berada di udara.
Kejadian yang berlaku di Florida, Amerika Syarikat awal minggu ini telah mendapat liputan media kerana penumpang yang terpaksa berbuat demikian itu tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam mengendalikan pesawat.
Memetik laporan Global News, penumpang yang tidak dilaporkan namanya itu telah menghubungi menara kawalan bagi memaklumkan keadaan juruterbang yang mengalami masalah kesihatan. Ketika ditanya oleh menara kawalan, penumpang yang mengemudi itu berkata dengan tenang;
Saya ada masalah yang serius pada ketika ini, saya tidak tahu bagaimana cara untuk menerbangkan pesawat,” jawabnya.
Menara kawalan yang menerima panggilan itu membantu penumpang dalam pesawat itu selepas kenyataan itu diterima. Mujur petugas di menara kawalan adalah seorang jurulatih pesawat dan beliau telah memberikan arahan kepada penumpang itu untuk mendarat.
Selepas beberapa ketika, pesawat itu telah mendarat dan penumpang itu berkata;
Saya dah mendarat, jadi bagaimana cara untuk mematikan enjin?”
Pihak keselamatan bergegas ke landasan kapal terbang untuk membantu penumpang dan juruterbang pesawat itu. Walau bagaimanapun, keadaan juruterbang itu tidak dapat dikenal pasti dan kini sedang dalam rawatan di hospital berdekatan.
Nasib baik semua selamat.
Baca: Terbabas Akibat Masalah Teknikal, Pesawat Kargo DHL Patah Dua Ketika Mendarat