in

Kantoi PS5 Yang Dibeli Bukan Air Purifier, Lelaki Akur Terpaksa Jual Semula

Cats 39

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada 12 November lepas, konsol permainan PlayStation 5 (PS5) telah dibuka untuk tempahan kepada para pembeli di serata dunia. Disebabkan keluaran pertama yang agak terhad, ramai pembeli bertindak menjual PS5 semula dengan harga yang tidak masuk akal.

Bercerita tentang konsol permainan PS5, ada satu kisah lucu yang berlaku di Taiwan. Seorang lelaki warganegara Taiwan yang dikenali sebagai Jin Wu ada berkongsikan kisah disebalik PS5 yang dibelinya.


1 20

Menurut hantaran yang dimuat naik, Jin Wu ada terjumpa iklan seorang reseller yang menjual PS5 dengan harga yang terlalu murah. Tertarik dengan apa yang dilihatnya, Jin Wu mengajak reseller tersebut berjumpa di satu lokasi untuk proses pembelian.

Terang Jin Wu, dia mengalami situasi yang sedikit pelik ketika menghubungi reseller itu. Dia terdengar suara wanita yang sedang memarahi seseorang, namun tidak bertanya secara lanjut kepada reseller itu atas dasar privasi.

Isteri suruh jual

Selepas berjumpa dengan reseller terbabit di lokasi yang dijanjikan, dia mendapati individu tersebut ialah seorang lelaki berumur 30-an.

“Dengan hanya melihat, saya boleh tahu lelaki tersebut ialah seorang yang gemar bermain permainan video”, tulis Jin Wu dalam hantaran yang dikongsi di Facebook.

Musykil dengan reseller yang menjual PS5 dengan harga murah, Jin Wu sempat berbual panjang lelaki tersebut. Ini adalah hasil perbualan yang dikongsikan Jin Wu dalam hantarannya.

Jin Wu: Dekat mana awak beli PS5 ni?

Reseller: Di PChome (laman e-dagang di Taiwan).

Jin Wu: Oh, laju juga awak beli konsol ini. Mengapa awak jual semula?

Reseller tersebut terdiam seketika lalu menjawab sesuatu yang lucu.

Reseller: Isteri saya suruh saya jual. Nampaknya wanita sudah boleh membezakan di antara konsol PS5 dan air purifier.

Gambar di bawah adalah air purifier yang mempunyai rekaan seakan-akan PS5.

2 17

Dalam ruangan komen hantaran Jin Wu, rata-rata pengguna Facebook menyamakan situasi reseller itu dengan satu kartun Korea Selatan yang direka oleh JangBijju.

Dalam kartun itu, seorang lelaki cuba untuk menipu isterinya dengan menyatakan konsol PlayStation yang dibeli adalah sebuah penghala (router) yang digelar Plash Speed.

Buat anda yang mahu beli PS5 namun tidak mendapat keizinan isteri, mungkin anda kena cuba idea lain. Wanita zaman sekarang bijak-bijak okay!

 

Sumber: Jin Wu

 

BACA: Lelaki Order PS5 Online, Tapi Yang Sampai Sekampit Beras!

Capture 37

Sumber: Jin Wu
Sumber: bishutoyaju

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.