in

Kancil Viral Di TikTok Dipercayai Milik Gelandangan Disita, Pemandu Tiada Lesen Disaman Polis

Cats 103

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Belakangan ini, tular apabila Perodua Kancil tidak berbumbung yang dipercayai milik gelandangan muncul di tengah jalan raya.


Kereta legenda ini mula tular selepas seorang pengguna TikTok memuat naik sebuah video berkenaan kereta tersebut.

1 16

Dilaporkan, pihak polis telah menyita dua Perodua Kancil yang salah satu daripadanya pernah tular di media sosial.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kereta tersebut ditemui di Bandar Metropolitan, Kepong.

Pihak polis telah melakukan pemeriksaan terhadap kendereraan yang dinaiki oleh seorang lelaki berusia 47 tahun dipercayai gelandangan pada kira-kira jam 1 pagi.

2 15

Pemandu tersebut didapati berasal dari Raub, dan tidak mempunyai lesen memandu. Malah, kereta berwarna kuning tidak mempunyai cukai jalan, tidak berbumbung dan tayar hadapan sebelah kanan pecah.

“Berdasarkan pemeriksaan, kami mendapati kedua-dua kereta berkenaan tidak layak berada di atas jalan raya dan boleh membahayakan pengguna lain disebabkan ia tidak lengkap, buruk dan sudah lama (usia),”

Saman telah dikeluarkan terhadap pemandu terbabit di atas kesalahan tiada lesen memandu, manakala kedua-dua kereta disita mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Untuk rekod, pemandu tersebut pernah disaman sebelum ini di atas kesalahan yang sama.

 

Sumber: Harian Metro

BACA: Wanita Bakar Kereta Kancil Tua Suami Sebab Bergaduh Pasal Air-Cond Rosak

Capture 71

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.