in

Kanak-kanak Lelaki Menangis Enggan Ikuti Acara Larian, Tapi Akhirnya Tetap Menang

Larian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kanak-kanak memang ada banyak telatah dan ragamnya. Kadang-kadang tu ibu bapa pun pening nak layan sebab dorang ni ada je akalnya.

Seperti seorang kanak-kanak lelaki di Thailand ini apabila dia menangis sekuat hati kepada seorang wanita dipercayai ibunya gara-gara tidak mahu menyertai pertandingan larian.


Gelagat kanak-kanak itu telah dikongsikan oleh akaun Facebook อบต. วังอ่าง.

7 1 1

Dalam video yang berdurasi selama 32 saat itu, kanak-kanak yang memakai baju oren itu sepatutnya menyertai acara larian itu dengan seorang lagi budak lelaki.

Namun, kanak-kanak itu menangis dan memeluk seorang wanita yang dipercayai ibunya dan enggan melepaskannya.

Artikel Berkaitan: “Tiang gol hilang”- Ramai Tergelak Lihat Gelagat Cikgu-cikgu Lelaki Main Bola Jaring Sempena Hari Guru

Artikel berkaitan: [VIDEO] Pelajar OKU Berlari Guna Tongkat, Cikgu Teman Sehingga Garisan Penamat

Namun, wanita itu terus berlari meninggalkan kanak-kanak itu apabila wisel dibunyikan yang menandakan acara larian telah bermula.

Dapat dilihat dalam video tersebut, kanak-kanak itu juga turut berlari kerana mahu mengejar ibunya. Jadi, tanpa dia sedari, dia sebenarnya telah menyertai acara larian tersebut.

Yang kelakarnya, kanak-kanak lelaki itu juga telah memenangi acara itu kerana dia berlari dengan laju untuk mengejar ibunya.

Rata-rata warganet terhibur dengan gelagat kanak-kanak itu kerana dia akhirnya tetap menyertai acara larian tersebut meskipun tidak disedarinya.

Sumber: Facebook อบต. วังอ่าง, Must Share News

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.