in

Kanak-kanak Bangladesh Ditemui Dalam Kontena Di Port Klang, Rupanya Dah 5 Hari Terperangkap

Kanak Kanak Dalam Kontena

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malang tidak berbau, seorang kanak-kanak dipercayai warganegara Bangladesh ditemui dalam sebuah kontena di Port Klang, Selangor.


Menurut laporan Astro AWANI, kanak-kanak itu masuk ke dalam kontena untuk bermain bersama rakannya lalu dia tertidur dan terkunci sebelum dijumpai lima hari selepas. Mangsa dipercayai telah masuk secara haram ke dalam kontena ketika kapal berlabuh di Chittangong, Bangladesh.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian itu.

“Berdasarkan keterangan daripada mangsa menjelaskan semasa bermain bersama kawan di Bangladesh, dia telah masuk ke dalam kontena dan terkunci.

Kita telah merujuk kes itu kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk menguruskan dokumen mangsa serta penghantaran pulang dengan menggunakan kapal kargo yang sama,” katanya.

Sebelum ini, seorang pengadu menguruskan kapal masuk di Dermaga Pelabuhan Barat melakukan pemeriksaan sebuah kontena dan mendapati seorang kanak-kanak lelaki warga asing berada dalam keadaan lemah dan tidak bermaya.

“Semakan ke atas mangsa mendapati tiada sebarang identiti pengenalan diri. Siasatan lanjut mendapati sebuah kapal telah bertolak dari Chittagong, Bangladesh pada 12 Januari lalu dengan membawa kontena yang mengandungi muatan barangan am dan tiba di Pelabuhan Barat pada Selasa,” katanya.

Difahamkan, kanak-kanak tersebut sedang menjalani rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dan doktor mengesahkan kanak-kanak itu dalam keadaan stabil.

Baca: Terperangkap Dalam Tandas Lepas Tombol Pintu Tercabut, Wanita Ini Diselamatkan Polis Selepas 4 Hari

1Tnds

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.