in

Ibu Tinggalkan Anak Umur 3 & 6 Tahun Seharian Dalam Kereta Sebab Nak Pergi ‘Minum’, Akhirnya Anak Meninggal Sebab Strok Haba

Feat 8

Seorang ibu 26 tahun telah ditahan kerana tindakan cuainya membiarkan kedua-dua anak perempuannya di dalam kereta ketika dia sedang ‘minum’ sehingga anaknya meninggal dunia.

Tragedi ini berlaku di Takamatsu, Kagawa, Japan dimana si ibu Maria Takeuchi membiarkan anaknya Mayuri (6) dan Yurie (3) di dalam kereta dari pukul 9 pm, 2 September lepas sehingga 12.40pm keesokan harinya.

Kereta itu dikunci dan tingkap dibiarkan tertutup di sebuah pusat membeli belah yang berdekatan dengan stesen Kawaramachi.

 

Kronologi kejadian :

  • Takeuchi tinggalkan kedua-dua anaknya di dalam kereta pada pukul 9pm bertarikh 2 September.
  • Dia kembali ke keretanya pada waktu subuh, kira-kira 9 jam selepas dibiarkan.
  • Dia perasan anaknya tak sedarkan diri dan pandu kereta pulang ke rumah.
  • Sampai di rumah, dia tak bawa anaknya bawa masuk rumah dan dibiarkan dalam kereta.
  • Jam 12.40pm dia hubungi talian kecemasan.
  • Kedua-dua anaknya dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.
  • Pada 4 September, pakar bedah siasat mendapati kedua-dua anaknya mati akibat dehidrasi akibat strok haba, menurut polis. Lapor Japan Today.

Agensi meteorologi melaporkan bahawa suhu pada 3 September telah mencapai 37.6 darjah Celsius di kawasan itu dan ia semestinya akan jauh lebih tinggi jika di dalam kereta.

Menerusi rakaman dari kamera CCTV di kawasan itu dan maklumat tambahan yang diberikan dari pekerja tempat mereka ‘minum’ ia  menunjukkan bahawa dia pergi dengan rakannya malam itu ketika anak-anaknya ditinggalkan di dalam kereta.

Polis kini sedang berusaha untuk menyiasat mengapa dia meninggalkan anaknya itu di dalam kereta setelah pulang dan hanya menunggu sehingga petang untuk menghubungi talian kecemasan.

Baca : “Mangsa patutnya dihantar ke rumah nenek” – Anak 4 Tahun Meninggal Lepas Tertinggal Dalam Kereta Selama 10 Jam Ayah Kerja

Kereta