in

“Kan elok macam ni” – Shuk Tunai Umrah Dengan Isteri, Netizen Doa Semoga Berkekalan

umrah shuk sera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak lama dahulu, agak kecoh diperkatakan mengenai kemelut rumah tangga pelawak, Shuk Sahar dan isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Sera selepas Shuk didakwa curang dengan orang ketiga bernama Fara Salleh.

Pun begitu, isu rumah tangga pasangan ini diam seketika sehinggalah ia kembali menjadi perbualan ramai apabila Shuk memuat naik gambarnya menunaikan umrah bersama Sera dan jemaah lain di tanah suci.


https://www.instagram.com/p/CnK8CujDbx0/

“Alhamdulillah diberi peluang jadi tetamu Allah kali ke 2” 

Menerusi posting yang dimuat naik Shuk, dia meluahkan rasa syukurnya kerana diberi peluang untuk menjadi tetamu Allah buat kali kedua selepas menjejakkan kaki kali pertama ke sana pada tahun lepas.

Tambah Shuk lagi, umrah kali ini agak istimewa kerana dia pergi bersama Sera dan dia mendoakan semoga mereka berdua mendapat umrah yang mabrur. Aminnn!

https://www.instagram.com/p/CnLJYJAupCQ/

“Semoga Shuk lebih menghargai isteri dan anak-anak” 

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai komen dari netizen yang mendoakan semoga hubungan pasangan ini berkekalan dan Shuk tidak mengulangi kesilapannya yang lepas.

komen shuk sahar umrah

Baguslah kalau dah berbaik-baik. Harap tak bergaduh lagi macam dulu-dulu ya! 

Baca: “Saya tak tahu apa2” – Rossa Sera Terkejut Rumah RM1.2 Juta Telah Dijual Shuk Sahar

shuk sera

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.