in

“Kami tersilap ambil design yang dah guna” – ‘Show’ Terbaru Dari China Dikecam Teruk Lepas Didakwa ‘Ciplak’ Squid Game

Ft Squid Victory Didakwa Ciplak Squid Game

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Aplikasi video di China tepaksa menukar nama dan poster untuk game show mereka selepas dikecam teruk oleh netizen.


Ia kerana program yang sepatutnya dinamakan Squid Victory itu didakwa meniru bulat-bulat cara drama bersiri terunggul di Netflix kini, Squid Game.

 

Squid Victory

Platform video terkenal di China, Youku dikecam sejurus sahaja program itu diumumkan dengan menunjukkan poster yang mirip dengan Squid Game pada Rabu lalu.

Bukan sahaja nama yang lebih kurang sama, font juga  serupa, simbol dan warna yang sama juga turut diletakkan dalam poster tersebut.

Squid Victory Didakwa Ciplak Squid Game 2

Menerusi South China Morning Post, kontroversi ini menjadi topik utama di media sosial China, Weibo sejak hari Rabu lepas dan mereka dilabelkannya sebagai ‘plagiat secara terang-terangan’ dan ‘memalukan’.

Biarpun pihak gameshow itu telah tampil beri keterangan, kritikan jadi semakion hangat kerana mereka anggap ia adalah satu alasan yang teruk.

Squid Victory Didakwa Ciplak Squid Game 3

Berikutan dengan tohmahan daripada netizen, nama program itu kemudiannya ditukar menjadi  Game Victory pada hari yang sama ia mula dilancarkan.

Dikatakan juga elemen-elemen yang ada dalam program itu juga turut sama dengan Squid Game. Bagaimanapun, sedang hangat diperkatakan, pihak Youku telah tampil beri keterangan menerusi Weibo pada hari yang sama dengan mengatakan bahawa ini adalah kesilapan teknikal.

“Kami buat silap. Kami keliru menggunakan reka bentuk awal yang sudah lama digunakan. Kami mohon maaf atas salah faham ini,” katanya.

Squid Victory Didakwa Ciplak Squid Game

Mereka juga turut melampirkan foto poster baru, nama baru dan juga perubahan pada fontnya. Kata mereka lagi, mereka akan cuba memperbaikkan lagi mutu kualiti kerja mereka dan menghasilkan produk yang terbaik.

 

Baca : Lelaki Ini Dakwa Squid Game Akan Dihasilkan Dalam Versi Amerika, Ramai Persoal Kenapa?

Cats 20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.