in

Lelaki Ini Dakwa Squid Game Akan Dihasilkan Dalam Versi Amerika, Ramai Persoal Kenapa?

Cats 20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Meskipun sudah berminggu-minggu Squid Game mula ditayangkan di Netflix, siri Korea Selatan ini masih lagi hangat diperkatakan oleh para peminat dari seluruh dunia.


Populariti Squid Game bukan sahaja berjaya membawa industri perfileman Korea Selatan ke persada dunia, malah permainan tradisional di negara itu turut menjadi ikutan para penonton.

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di TikTok oleh seorang individu yang dikenali sebagai Lewis. Di awal video tersebut, lelaki ini meminta maaf kepada pengikutnya kerana sudah lama tidak muncul di TikTok.

@thepowerofgodandanime

idk if I’m allowed to post this yet but… ??? #SquidGameUSA #squidgame #squidgamenetflix

♬ Squid Game – Carrot

Jelas Lewis, dia baru sahaja habis penggambaran siri Netflix Squid Game versi Amerika Syarikat. Video ini menimbulkan persoalan ramai, mengapa Squid Game perlu diterbitkan semula dalam versi lain?

Turut kelihatan di dalam video tersebut ialah seorang pemain bernombor 029 yang seakan-akan watak pemain 001 dalam siri Squid Game asal. Malah jika diperhatikan, raut wajah dan gaya rambut Lewis juga seakan-akan watak Seong Gi-hun (Lee Jung-jae).

Capture 8

1 4

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet kurang senang dengan dakwaan lelaki ini bahawa Squid Game akan dihasilkan dalam versi Amerika Syarikat.

“Ini merupakan satu penghinaan buat pengarah…”

A 3

B 2

“Saya lagi rela tengok siri asal daripada yang ini…”

C 3

Namun begitu, ada juga yang berpendapat lelaki ini hanya melakukan parodi Squid Game dan bukannya melakonkan siri itu dalam versi lain seperti yang dinyatakan dalam video.

Sama-sama kita tunggu!

 

BACA: Lepas Kena Khianat Terus Datang Malaysia, Lelaki Ini Jumpa ‘Ali’ Squid Game Di Kedai Mamak

Cover 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.