in

“Kami team pertama dalam dunia masuk melalui Pintu Rafah” – Ustaz Ebit Lew Akhirnya Berjaya Masuk Ke Gaza!

Ustaz Ebit Tiba Di Gaza

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setelah hampir dua bulan berusaha untuk memasuki Gaza, Palestin membawa barang bantuan untuk penduduk di sana menerusi Mesir, Ustaz Ebit Lew hari ini memuat naik satu berita gembira menerusi akaun Facebooknya.


Menurut Ebit, beliau akhirnya berjaya memasuki Gaza dengan diiringi Tentera Mesir dengan kereta berperisai sepanjang perjalanan mereka.

Malah lebih membanggakan, team mereka juga yang pertama di dunia dibenarkan masuk ke Palestin menerusi Pintu Rafah selepas perang 2021 baru-baru ini. Syukur Alhamdulillah.

207627566 4108438705941048 6246343201658236702 N

Syukur pada Allah Team kami berada di Gaza Palestin. Kami masuk dengan diiringi Tentera Mesir dengan kereta berperisai sepanjang perjalanan.

“Menurut kedutaan Malaysia dan Unit perisikan Tentera Mesir kami team pertama dalam dunia yang dibenarkan masuk melalui Pintu Rafah selepas perang 2021 baru ini.

“Mesir sendiri telah banyak memberi bantuan dan mengetuai dalam membangunkan Gaza. Ada lebih 30 NGO seluruh dunia sedang memohon. Sebahagian ada di Mesir. Doakan mereka semua dimudahkan Allah supaya lebih ramai dapat dibantu,” katanya.

 

Ustaz Ebit berterima kasih kepada PM, Menteri Luar Negara & TMJ 

Susulan itu juga, Ebit telah berterima kasih kepada Menteri Luar Negara, Dato’ Seri Hishamuddin Hussein Onn yang membantunya sejak dari mula dan menghubungi kementerian luar Mesir untuk membantunya di sana.

Penghargaan dan ucapan terima kasih juga diberikan buat Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang turut menyumbang serta sering bertanyakan khabar akan dirinya semasa berada di Mesir.

“Terima kasih juga kepada YAB PM Tan Sri Muhyiddin yang menghubungi Presiden Mesir dengan menyebut tentang misi kami. 

“Terima kasih Palestin Palestine Red Crescent society الهلال الاحمر الفلسطيني . Terima kasih Malaysian Red Crescent . Terima kasih Kerajaan Mesir yang membantu segala urusan dan menjaga keselamatan kami sepanjang perjalanan. 

Sebak sayu terasa seperti balik kampung halaman sendiri. Mungkin dari kecil berdoa untuk rakyat Palestin. Kini dapat jejak kaki ke sini. Saya minta maaf tidak update sebelum ini atas faktor keselamatan.

“Terharu bila sampai kami disambut oleh Palestin Red Crescent. Ramai berebut untuk menyambut. Kementerian Kesihatan Palestin dan Kementerian Luar Palestin. Sepanjang masuk border Rafah cuma kedengaran semua ajak minum makan dan ke rumah mereka. Terasa seperti keluarga yang sangat dekat,” katanya.

Posting yang dimuat naik Ebit ini telah mendapat hampir 70k likes dan 4.8k shares yang mana rata-rata netizen bersyukur dengan perkembangan baik ustaz tersebut di sana.

Diharapkan ustaz dapat menjalankan misi kemanusiaannya dengan baik dan pulang ke Malaysia dengan selamat nanti.

All the best Ustaz Ebit. Doa kami sentiasa bersamamu! 

Baca: Wisma Putra Jejak Ustaz Ebit Lew Lepas Senyap Sejak Ke Mesir, Ini Update Terkini UEL

Ebit 2

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.