Untuk korang yang tak pernah declare pendapatan dekat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) lepastu bila dah tangguh lama takut nak pergi, ini adalah peluang yang baik untuk korang!
Ini kerana, program pengakuan sukarela khas SVPD 2.0 akan diadakan mulai 1 Jun nanti sehingga akhir tahun depan.
Program yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Belanjawan 2023 ini membolehkan individu untuk mendapat pengampunan 100% dari membayar penalti.
Ekoran ini, Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Mohd Nizom Sairi berharap antara kumpulan yang dapat hadir adalah pemilik perniagaan yang bermula kecil dan telah berkembang dan layak membayar cukai beserta individu dan syarikat yang tak pernah melaporkan pendapatan sebelum ini.
Selain itu, Nizom turut memberi peringatan kepada golongan influencers yang meraih pendapatan melalui khidmat dalam talian untuk tampil ke hadapan.
Oleh kerana mereka bergiat secara terbuka di khalayak ramai, kami memerhati, ini sebagai peringatan bukan amaran, bahawa lembaga hasil (LHDN) nampak apa yang berlaku, tampil kehadapan, ini peluang terbaik dalam SVPD 2.0.
“Kami sebenarnya ada inisiatif bersama mereka dan dapat maklum balas bentuk pendapatan yang mereka terima, kami telah beri nasihat, untuk tampil dan laporkan pendapatan mereka.”
Program SVPD 2.0 ini dibuat bagi membantu menambah hasil kerajaan selain memberi manfaat kepada pembayar cukai yang mahu memanfaatkan inisiatif tersebut.
Ha, dah ada peluang macam ni, jangan lepaskan pula!
Sumber: Buletin TV3
Baca: “Hantaran, nafkah tak perlu cukai” – Yana Najib Beri Penjelasan Kenapa LHDN Tarik Balik Rayuan