in

“Hantaran, nafkah tak perlu cukai” – Yana Najib Beri Penjelasan Kenapa LHDN Tarik Balik Rayuan

Collage 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Anak perempuan bekas Perdana Menteri Najib Razak, Nooryana Najwa yang sepatutnya hadir ke Mahkamah Rayuan hari ini untuk pendengaran kes telah dibatalkan selepas Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menarik semula rayuan untuk mendapatkan semula RM10.3 juta cukai pendapatan tidak dibayar.


Menerusi Instagram peribadinya, Yana telah memuat naik kenyataan memberitahu sebab kenapa pihak LHDN berbuat demikian.

Menurutnya, sebelum ini dia telah pun menang kes ini di Mahkamah Tinggi pada Ogos 2020 namun begitu, LHDN telah membuat rayuan mengenai keputusan tersebut dan hari ini secara rasminya rayuan tersebut telah ditarik balik.

LHDN rayu bila saya menang kes ini di Mahkamah Tinggi Ogos 2020.

“Alhamdulillah… Hari ini, LHDN telah menarik balik rayuan mereka secara rasmi.”

Jelasnya, dia telah pun menyelesaikan kes cukai ini selepas ejen cukainya bersama LHDN meneliti kes ini.

Mereka (LHDN) akhirnya bersetuju bahawa wang hantaran, nafkah dari suami saya dan rumah yang dibeli oleh mentua saya menggunakan dana dari luar negara tidak perlu dikenakan cukai.

“Memang tak perlu dan tak masuk akal.”

Yana kemudiannya turut menyentuh kes cukai berjumlah RM1.7 bilion bapanya yang dikatakan dibuat hanya sebagai objektif Pakatan Harapan ketika menjadi kerajaan.

Sama seperti kes cukai RM1.7b yang tidak masuk akal bapa saya, objektif tunggal kerajaan Pakatan Harapan ketika itu adalah untuk menganiaya keluarga saya menggunakan LHDN walaupun ia bermakna melanggar semua undang-undang dan peraturan, dengan menyalahgunakan klausa ‘bayar dulu, cakap kemudian’.”

 

Baca: LHDN Tarik Balik Rayuan Tuntut Cukai RM10.3 Juta Daripada Anak Najib

Yana Najib Tak Bayar Lhdn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.