Rasanya dah berkali-kali isu jiran ataupun housemate yang tak reti jaga kebersihan ni sudah viral di media sosial.
Isu terbaru kali ini melibatkan seorang wanita yang berjiran dengan keluarga pengotor dan dikatakan telah membuang air besar dan kecil depan rumah mereka! Allahu apa jenis punya pengotor ni…
“Tandas rosak… 1 keluarga berak / kencing depan rumah. Taik jirus masuk dalam parit. Lepas pi rumah jiran-jiran”
Menurut perkongsian netizen bernama Farah di Facebook, dia sekeluarga malah jiran-jiran yang berdekatan makin tak dapat tahan lagi dengan sikap jiran mereka yang seorang ni.
Jiran tersebut dikatakan SANGAT pengotor sampaikan apabila tandas mereka rosak, sanggup pulak satu keluarga berak dan kencing di hadapan rumah. Ayooo apa jenis ni!
Bukan luar rumah je kotor, dalam rumah pun berselerak!
Menerusi gambar yang dimuat naik Farah, situasi di dalam rumah jiran tersebut pun boleh tahan kotor. Keadaan barang dalam rumah agak tunggang terbalik macam tak ada penghuni tapi TV kat dalam rumah tu elok pulak terpasang. Emmm…
“Ya rabbi… kita tengok gambar ja pun. Nak muntah rasa”
Rata-rata netizen yang melihat gambar pada posting ni macam tak percaya bagaimana jiran-jiran sekeliling terpaksa melalui kehidupan dengan bau rumah sebelah busuk dan menjijikkan. Min rasa kalau lama-lama gini boleh datangkan penyakit!
“Pengotoq penyegan tahap badak berendam. Awat malaih sangat tak tau”
Apa-apapun min harap penghuni rumah ni terbuka lah hati dia untuk mengemas rumah tersebut atau cari cara untuk baiki tandas yang rosak tu supaya tak ‘membuang’ kat luar rumah lagi. Kesian kat jiran kiri, kanan, depan dan belakang kena menghadap bau busuk setiap hari.
Baca: “Ini pengotor!” – Tuan Rumah Kongsi Keadaan Rumah Sewanya Buat Netizen Nak Termuntah