Minggu lalu, negara dikejutkan dengan satu kejadian yang menimpa pemain kebangsaan negara kita, Faisal Halim. Pemain sayap untuk kelab Selangor itu telah diserang dengan simbahan asid dan kini sedang menjalani rawatan di hospital.
Seluruh rakyat Malaysia bersimpati ke atas nasib yang menimpa Faisal dan turut mendoakan beliau segera sembuh. Turut bersimpati atas apa yang berlaku kepada Faisal, dua orang pemain utama kelab Liga Perdana Inggeris memberikan ucapan istimewa untuk beliau.
Artikel berkaitan: “Mickey sentiasa jadi Mickey” – Faisal Halim Nak Balik, Sudah Boleh Berjalan
Artikel berkaitan: Pelaku Guna Asid Sulfurik Pekat Punca Faisal Halim Melecur Tahap 4
Biarpun saingan dalam liga paling berprestij dunia itu masih berlangsung, pemain kelab Manchester United, Andre Onana dan Alejandro Garnacho sempat memberikan kata-kata semangat buat bintang Harimau Malaya itu.
Hey Faisal, we heard what happened. We feel you and we are with you. We know it is a tough situation for you and your family. Alejandro and I want to wish you all the best during your recovery. Stay strong, we are with you
Dalam video pendek itu, mereka turut menyatakan solidariti kepada Faisal gara-gara kejadian yang berlaku pada minggu lepas. Mereka mewakili seluruh kelab Manchester United juga sempat mendoakan Faisal untuk terus kuat dalam menghadapi detik hitam ini.
Video ucapan istimewa untuk Faisal Halim dari Onana dan Garnacho itu boleh ditonton di bawah.
“Faisal, kami bersama anda. Semoga cepat sembuh”
Andre Onana dan Alejandro Garnacho turut menunjukkan solidariti buat pemain bolasepak negara Faisal Halim. Mungkin selepas sembuh, Faisal boleh kembali ke Old Trafford, kali ini sebagai pemain berstatus bintang di Malaysia ✊🏽… pic.twitter.com/rNOkEcZw1P
— Selangor FC (@selangorfc) May 11, 2024