in

“Mickey sentiasa jadi Mickey” – Faisal Halim Nak Balik, Sudah Boleh Berjalan

Faisal Halim Nak Balik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas menjalani pembedahan ketiga yang berlangsung semalam, pemain negara Faisal Halim kini menunjukkan perkembangan positif apabila sudah mempamerkan tanda ceria.


Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar berkongsi mengenai perkembangan terkini Faisal meluahkan rasa gembira dengan semangat dan ketabahan pemain sayap Selangor itu.

“Dia ‘steady’ dan kata saya nak balik. Itulah semangat dia yang lain sikit sebab dia pun dah mula jalan dalam bilik sebab dia memang seorang yang aktif dan pemain bola sepak.

“Dia pun dah boleh pergi bilik air dengan sendiri dan bagi saya, ini sememangnya satu perkembangan yang positif untuk hari ini.

“Cuma apabila dia dah mula nak berjalan dan betul-betul bersemangat, itu sangat membanggakan. Mickey sentiasa jadi Mickey cuma pergerakannya agak terbatas dengan balutan di badannya,” katanya.

Artikel berkaitan: “I stand with you…” – Altimet Titip Doa Buat Faisal Halim Di Kota Madinah

Artikel berkaitan: “Amat amat positif” – Faisal Halim Sudah Boleh Makan, Semangat Semakin Kuat

Tambah Shahril, dia juga agak terkejut dengan proses pemulihan Faisal yang dilihat cepat. Ini bermakna Faisal seorang yang begitu cekal dan tabah sepanjang menjalani rawatan.

“Faisal ini istimewa dengan tempoh pemulihannya agak cepat. Kita berdoa semoga dia dapat pulih lebih cepat walaupun kita tahu perkara ini memang makan masa sedikit.

“Dia akan berada kira-kira tujuh hari dalam ICU dan kalau sesuai dan mendapat kebenaran doktor, kita akan pindahkannya ke Unit Dependensi Tinggi (HDU) dalam seminggu dua lagi.

“Harapan saya adalah dia dapat pulang masa Hari Raya Haji nanti,” katanya.

Difahamkan, pembedahan ketiga yang dijalani Faisal membabitkan prosedur skin allograft yang mana rawatan ini memakan kos sekitar RM30,000.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.