in

“Kalau tambah belacan lagi padu” – Netizen Teruja Tengok Jamie Oliver Masak Ikan Bakar Style Malaysia, Siap Makan Pakai Tangan!

Ft Jamiekan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bak kata pelancong, Malaysia ni ‘syurga makanan’. Bangga rasa bila tengok orang luar cuba makan atau lebih teruja bila nampak mereka cuba sendiri untuk masak lauk pauk dan hidangan dari Malaysia, kan?

So, bayangkanlah betapa terujanya bila netizen bila tengok chef selebriti terkenal British masak makanan kita dan disiarkan dalam rancangan televisyen! Siapa tak kenal dengan Jamie Oliver kan? Baru-baru ni, dia ada muat naik video di Instagram menunjukkan snippet rancangan TV untuk episod akan datang.


Kalau korang nak tahu, video tu tunjuk dia cuba buat ikan bakar style Malaysia dan ikan siakap menjadi pilihan Jamie untuk episod tersebut. Memang dia ada mention dekat tajuk “Malaysian-style whole fish!!“.

Ikan1

Walaupun, tak sama 100% sebab Jamie bakar dalam oven, (kalau kita kan selalu bakar atas api berasap-asap) tapi netizen memuji Jamie sebab tak ‘cheat’ on the ingredients. Memang dia ada guna bahan-bahan penting untuk buat ikan bakar.

Ada serai, halia, cili, bawang merah dan daun limau purut. Bukan tu je, Jamie juga balut ikan siakap tu guna daun pisang tau!

Korang boleh tonton video tu di bawah ni:

https://www.instagram.com/tv/CKET798jUbI/?utm_source=ig_embed

Bukan setakat teruja tengok chef terkenal itu cuba masak makanan ala-Malaysia tapi juga netizen puji Jamie sebab makan ikan bakar dengan nasi guna tangan.

Ramai netizen puji bab makan pakai tangan tu tapi ada juga yang nampak part Jamie sengetkan kepala untuk suap masuk mulut. Seorang netizen berkata,

Kamu tak perlu sengetkan kepala ke belakang macam nak telan ubat pil.”

Ikan2

Ada juga yang beri cadangan bahan lain untuk buat ikan bakar dan penambahan bahan. Contohnya boleh tukar daun limau purut dengan daun kunyit atau daun kesum. Ada juga yang suggest untuk tambah belacan. Mat saleh suka ke belacan?

Image From Ios 1 4

Image From Ios 6

Baca: “Mentang-mentang ada duit” – Netizen Geram Dapat Tahu Mak Neelofa Cuba Trademark Nama ‘Daging Harimau Menangis’

Collage 18

Sumber: Jamie Oliver
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.