Sekarang ni kalau kita tengok, dekat negara Malaysia ni memang sudah terlampau banyak warga asing. Yang datang secara sah tu tak apa lah juga, tapi yang datang secara haram pun boleh tahan ramai.
Terbaru, tular di laman Facebook mengenai serbuan pihak Imigresen di Wisma Mustapha Kamal di Cyberjaya.
https://www.facebook.com/107845823957481/posts/141215187287211?d=n&sfns=mo
Menurut Cyberjaya Info, pihak Imigresen telah menyerbu tempat itu bagi menangkap warga asing di sebuah syarikat yang ditubuhkan secara haram dari China.
Dalam perkongsian itu juga dilihat terdapat sebuah video berdurasi 15 saat yang menunjukkan beberapa individu yang dipercayai warga asing terjun dari bangunan untuk melarikan diri dari di tahan.
https://www.facebook.com/cyberjaya.info/videos/906640013070548/?t=1
Selain itu, ada juga video yang ditunjukkan dimana seorang warga asing yang sedang bergelut dengan pihak berkuasa bagi melepaskan diri dari di tahan.
https://www.facebook.com/cyberjaya.info/videos/471100980182505/?t=2
Tambahnya lagi, walaupun mini market dan kantin warga China yang berada di kawasan sekitar itu tutup pada hari ini, namun pihak Imigresen tetap berjaya membuat tangkap terhadap warga asing yang datang secara haram.
Sebelum ini, aduan mengenai tempat itu yang dikatakan semakin kotor telah pun dibuat.

Rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan pihak imigresen yang membuat serbuan secara mengejut bagi menangkap warga asing yang semakin bertambah di kawasan Cyberjaya.
“Cyberjaya tu memang lubuk PATI pun”

“Banyak sangat foreigner, sampai boleh berniaga!”

Admin pun turut bangga dengan tindakan pihak imigresen yang pergi menyerbu kawasan tersebut. Kalau kerap diserbu, rasanya berkurang lah warga asing yang tinggal secara haram ni.