in

“Kalau tak nak tolong, diam!” – [VIDEO] Anju Sokong Tindakan Ustaz Ebit Hulur Bantuan Orang Susah

Combine Anju

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini ada isu hangat yang diperkatakan mengenai seorang ustaz mempertikaikan tindakan Ustaz Ebit Lew dalam menghulurkan bantuan kepada orang-orang susah dan yang kurang berkemampuan.


Dikatakan tindakan Ustaz Ebit Lew itu hanyalah membuka aib penerima bantuan sebab dah tunjuk gambar mereka. Walau bagaimanapun, ramai orang tidak bersetuju dengan kenyataan ini malah mereka lebih memihak kepada Ustaz Ebit Lew sebab dah sanggup tolong orang susah di seluruh tempat.

Ebit

Begitu juga dengan Zarina Anjoulie atau lebih dikenali sebagai Anju dimana dia juga menyokong usaha murni Ustaz Ebit Lew untuk hulur bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Dia cukup terinspirasi dengan cara Ustaz Ebit especially dalam membuat charity bantu orang susah. Dia juga turut terharu dengan cara pendekatan Ustaz Ebit terhadap semua orang.

Anju 1

Admin pun cukup inspired dengan video-video Ustaz Ebit ni. 

Menerusi video di Instagram miliknya, dia memberi pendapat berkenaan isu yang mengatakan tindakan Ustaz Ebit bantu orang susah tu just nak memalukan mereka dan dalam masa yang sama nak tunjuk riak.

Menurutnya, wajar jika seseorang itu mengambil gambar charity dan ditunjukkan kepada orang ramai supaya tidak menimbulkan fitnah atau pun salah faham ke mana wang itu pergi.

Dalam masa yang sama, tindakan Ustaz Ebit juga akan membuka mata lebih ramai lagi orang untuk membantu dan meningkatkan lagi sikap prihatin orang sekeliling.

“Orang amik gambar charity ni dah bertahun-tahun lah, kau kena faham”

Sedar tak sedar time musim PKP ni baru nampak sikap sebenar orang ramai sama ada prihatin atau tak kepada orang-orang susah.

So, kita janganlah bersangka buruk dengan orang yang buat benda baik ni. Apa kata kita sama-sama tolong diorang, kan lebih elok daripada kecam?

Baca : “Letak gambar & video orang miskin sehingga memalukan dia adalah aib. Haram!” – Ustaz Abu Buat Status. Tuju Pada Ustaz Ebit Lew? 

Abu

 

Sumber: Google
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.