Ingat lagi tak tahun lepas pada Julai lobak merah ada melaporkan mengenai seorang wanita membawa seekor anjing masuk ke dalam masjid, dalam kejadian di Indonesia.
Kejadian itu sedikit sebanyak telah mencetuskan kemarahan kerana menghina rumah ibadat dan tempat suci umat islam.
Tengok video kat SINI.
Namun dalam laporan terbaru yang kami terima, menurut Sinar Harian, wanita tersebut terlepas hukuman penjara.whaaaatttt!
Okey, bersabar yer semua bawa bertenang.
Pada Rabu, sebuah mahkamah di Bogor mendapati wanita tersebut, Suzethe Margareth, 52, bersalah atas tuduhan itu, namun mahkamah ambil keputusan untuk tidak mengenakan hukuman penjara ke atas wanita itu sebab dia mengalami skizofrenia paranoid.
Dalam perbicaraan sebelum ini, pendakwa raya menuntut hukuman penjara selama 9 bulan dikenakan terhadap wanita itu.
Pada tahun lepas viral video Suzethe yang memakai kasut dan membiarkan anjing berkeliaran di dalam masjid dalam kejadian pada Jun.
Dalam keterangannya, Suzethe berkata
Dia memasuki masjid terbabit kerana dikejar dan wanita itu turut mendengar suara yang menyatakan suaminya berkahwin di situ.”
Bagaimanapun wakil masjid di Jakarta, Ruslan A Suhady menolah alasan masalah kesihatan mental yang dialami wanita itu, kerana…
“Orang kurang siuman biasanya dalam keadaan tidak terurus. Tetapi, wanita itu memakai pakaian yang bersih,” tegasnya.
Difahamkan, anjing tersebut mati dilanggar kereta tidak lama selepas kejadian itu.
Baca : [Video] “Melampau betul!” Wanita ‘Kurang Ajar’, Berani Bawa Masuk Anjing Dalam Masjid