in

“Kalau kerajaan ban Netflix, i nak baring depan FINAS” – Sharifah Sakinah Minta FINAS Jangan Kacau Netflix

Meh Ler Sakinah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya isu tapis content Netflix ni dah jadi isu hangat kat Malaysia lepas satu persatu netizen termasuklah artis sendiri luahkan rasa tak puas hati mereka terhadap cadangan FINAS tersebut.

Terbaru hari ini, pelakon Girlfriend dari Neraka, Sharifah Sakinah memohon supaya pihak FINAS jangan menapis kandungan Netflix di Instagram peribadinya. 


Dead 5
sumber: blog

 

“If government wants to ban or filter Netflix, I’m gonna baring depan FINAS tu dengan kawan ramai-ramai” 

Menerusi posting Sakinah, dia bertegas tidak setuju dengan cadangan FINAS mahu menapis content Netflix kerana baginya, ibu bapa boleh kawal selia isi kandungan Netflix ni sendiri.

Dia sempat memuat naik video ‘How-to Parental Control’ buat mereka yang ‘noob’ atau tak tahu cara bagaimana nak kawal isi kandungan Netflix lagi.

https://www.instagram.com/p/B498JVNBZz0/?igshid=wd1tfsnrhae2

Apa-apapun yang paling lawak, Sakinah sempat berseloroh akan baring di depan bangunan FINAS bersama kawan-kawan kalau kerajaan bercadang untuk banned atau tapis Netflix nanti. Uish biaq betul Kinah! 

If the government wants to ban or filter Netflix I’m gonna baring depan FINAS tu dengan kawan-kawan ramai-ramai. Boleh singgah zoo negara sekali….” 

 

“Agreed oiittt. Youtube Wechat, all apa segala apps tu pun lagi teruk” 

Rata-rata netizen bersetuju dengan luahan Sakinah tersebut dan mereka juga menganggap perkara ini tak consistent kerana aplikasi macam Wechat, Youtube dan Tik Tok semua ni pun keluarkan content lagi teruk daripada itu. Kenapa tak banned je semua kan? 

Baring
sumber: instagram

Ada yang nak join Sakinah baring depan FINAS? 

Baca: “Patutlah beriya sangat, ada side project rupanya” – Netizen ‘Condemn’ Ahmad Idham Kutuk Netflix Nak Lancar Movie Streaming Lokal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.