in

“Patutlah beriya sangat, ada side project rupanya” – Netizen ‘Condemn’ Ahmad Idham Kutuk Netflix Nak Lancar Movie Streaming Lokal

Aflix4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya kenyataan CEO FINAS, Ahmad Idham kini memang netizen ambil serius sehingga segala tindak tanduknya terus diperhatikan.


Setelah diperhatikan rupa-rupanya, Ahmad Idham ada terlibat dalam promosi aplikasi movie streaming tempatan yang dikenali sebagai Aflix.

Ia mendapat tentangan hebat berikutan dengan kenyataannya yang mencadangkan aplikasi movie streaming terkenal, Netflix itu ditapis, padahal bagi netizen kandungan aplikasi tersebut boleh ditetapkan sendiri oleh pengguna.

 

Aflix – Adab Flix?

Menerusi laman Facebook Movie Addict, ada individu menjelaskan bahawa A dalam Aflix tu bermaksud adab, lepastu katanya Aflix ni satu content creator yang penuh etika. Ini penjelasannya.

78138826 10157873755722311 4923474960212557824 N
Sumber : facebook

 

Patutlah beriya sangat nak censor Netflix. Ada side project rupanya dia ni.”

Isu ini jadi hangat setelah ada pengguna Twitter ini ada mendedahkan screenshot gambar mesyuarat antara pihak Aflix daengan Ketua Pegawai Eksekutif FINAS itu.

Berikutan dengan pendedahan itu, ramai yang condemn mereka kerana warganet kaitkan kenyataan Ahmad Idham itu sebahagian daripada taktik pemasaran produk tersebut.

Rata-rata lebih 2,000 netizen yang retweet perkongsian  kurang dari 2 jam ia dimuat naik menzahirkan rasa geram dan marah terhadap Ahmad Idham dan cara ia dilancarkan.

 

Kalau ya pun nak keluar produk sendiri, toksah la nak kacau produk orang lain – Netflix

Selain dibawah ni, macam-macam lagi kutukan pedih yang netizen lemparkan disini

Malah ada je netizen yang dah download lepastu tak boleh nak bukak.

Hurm, ramai juga netizen yang boikot agar tidak menggunkan aplikasi tersebut, hak kita untuk pilih mana yang sesuai.

 

Baca : “Sila tapis otak ko dulu” – Netizen Tak Setuju Tapis Netflix, Kritik Ahmad Idham Pun Buat Filem Tak Berkualiti!

Finas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.