Berikutan dengan kes saman yang melibatkan dirinya, pelakon Rita Rudaini masih lagi tidak memberikan sebarang respon, tetapi luahan yang diberikan olehnya menerusi satu hantaran di Instagram sekali lagi curi tumpuan.
Luahnya, dia tidak pernah mempunyai apa-apa kepentingan peribadi selain daripada memperjuangkan kebajikan kepada anak-anak dan ibu bapa.
Artikel berkaitan : “Kadang yang pedih didengar itulah paling benar” – ‘Posting’ Rita Rudaini Curi Perhatian Ramai
Artikel berkaitan : Digelar ‘Prof Kangkung’, Narsis, Gila Jawatan, MUAFAKAT MRSM Sungai Besar Saman Rita Rudaini
Kalau kurang senang, saya terima

Malah Rita menyatakan bahawa dia menerima dengan hati terbuka jika ada pihak kurang senang dengan segala tindakannya itu. Tegasnya, dia hanya mahu mempertahankan haknya.
“Andai kejujuran ini membuat anda kurang senang, saya terima kerana saya tidak tahu menjadi selain diri saya sendiri.”
Hantaran tersebut telah mengundang pelbagai reaksi netizen, namun rata-rata memberikan sokongan moral buat Rita.

Sumber : Instagram
