in

“Kalau kau eksiden kejap lagi tak masuk syurga..Anak derhaka” – Makian Ibu Bila Wanita Ini Buat Silap Sejak Kecil

482187051 56A258623Df78Cf7727492B4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bukan nak memburukkan ibu bapa, tapi memang tak dinafikan akan toxic parenting ni memang wujud, ungkit segala apa yang diberi, tak nak mengaku salah, merendah-rendahkan anak dan membandingkan anak dengan orang lain.


Biasanya kita dengar kata-kata daripada seorang ibu ini merupakan satu doa, sudah semestinya hati anak akan terguris apabila dimarahi dengan kata-kata kesat, apatah lagi jika diungkap ‘anak derhaka’.

Itulah ‘token’ seorang ibu ini dilemparkan kepada anaknya bila dia tengah bad mood dan buat silap, bahkan siap merendahkan fizikal anak dan maki sahaja.

 

Dari kecil, dia ‘dihidangkan’ dengan makian oleh maknya

Daripada perkongsian sahabatnya ini, gadis yang lebih dikenali sebagai P ini merupakan penghidap Major Depression, anxiety dan Schizofernia, dia pernah cuba nak bunuh diri.

Puncanya akibat dia berhadapan dengan toxic parenting dan narcissist parent dimana ia sangat bahaya untuk mental anak. Ibu bapanya dah bercerai.

Ibunya selalu memperlekehkan fizikalnya yang bertubuh gempal.

 

Setiap kali dia tak sengaja buat salah (di mata ibunya), “ANAK DERHAKA” tu tu pernah lekang.

 

Dia paksa P melutut minta maaf pada dia, dan mengaku salah (walau P tak ada salah apa pun sebenarnya).

Lebih sedih lagi, ibunya takkan pernah ungkap kata maaf kepada P. Bahkan salah itu berbalik kepada P walaupun sebenarnya tidak.

Pernahs ekali hanya kerana terjatuh baju ketika sedang menjemur, makian “anak derhaka” dan macam-macam lagi kata-kata kesat terus keluar daripada mulut ibunya.

Sikap Narcissist ibu ini begitu ketara sehinggakan rakannya ini pernah kena judge dengan ibunya, apatah lagi P, dikutuk hodoh.

 

Apa itu Narcissist Parent? 

Selalu kita hanya dengar toxic parenting je, tapi narcissist parent ini lebih teruk, apatah lagi kedua-duanya bergabung, itu sebablah P mengalami mental issue. 

 

Toxic Parenting

Sebagai penghidap Schizophrenia, dia sering mendengar bisikan hinaan yang suaranya seolah-olah seperti ibunya yang menggesa dirinya untuk mati.

Selalunya penyakit ini akan serang ketika dia bersama dengan ibunya.

 

“Kalau tak balik, eksiden, memang tak masuk syurga.”

 

 

Ini sebahagian cerita sahaja, banyak lagi cacian dan makin yang diterimanya. Menurut gadis ini masalah toxic dan narcissist parent ini memang wujud terutamanya di asia.

Jadi tak perlulah kita anggap bahawa ini perkara remeh jika kita dimarahi dengan ayat kasar, ahli keluarga lain sepatutnya jaga dan peka terhadap isu ini.

 

Baca :Aku stranger dalam umah..Frame besar gambar family aku tak ada” – Thread Gadis Dibuang Keluarga Ini Undang Sebak

Family6 1

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.