in

”Kalau gelak dosa tak?” – Sempat Pesan ‘Stay safe’ Kepada Motosikalnya Namun Apa Yang Terjadi Menghiburkan Netizen

Feature Image Motor Tengelam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila kita sebut je kejadian banjir memang bukan suatu perkara yang aneh atau pelik. Lebih-lebih lagi sekarang ni pun memang tengah musim hujan.


Tular dekat Twitter sebuah video pendek berdurasi 22 saat yang menunjukkan telatah seorang lelaki yang mengucapkan stay safe dekat motorsikalnya kerana hujan.

Video yang tular tersebut telah mendapat 216.7 ribu tontonan dan 21.3 ribu retweet serta 11.1 ribu like.

https://twitter.com/syazwimazlan/status/1183685816507224065?s=20

Namun setelah beberapa ketika dia sekali lagi merekod video dan apa yang mengejutkan adalah motorsikal miliknya telah hilang akibat ditenggelami air banjir.

Dia yang ketika itu berada di dalam bilik kuliah tidak sedar akan kejadian tersebut dan disebabkan itu motorsikalnya tidak sempat diselamatkan. Hmm yang ni kesian

Menurut @syazwimazlan kejadian banjir ini adalah disebabkan oleh kerja-kerja pembinaan yang berada berdekatan dan tidak di jangka sama sekali boleh berlaku kerana tidak pernah terjadi sebelum ini.

Pada masa yang sama warganet turut berasa benda ni kelakar dan juga sedih. Disebabkan tu ramai juga yang memberikan komen-komen yang kelakar dan kata-kata semangat.

”Helmet kura-kura tu memang habitat dia air”

Helmet 1
Sumber: twitter

”Motor dah jadi kapal selam”

Kapal Selam 1
Sumber: twitter

”Bagus dia ni, kena musibah pun still ingat Allah”

Bagus 1
Sumber: twitter

Kesiannya, admin harap motor dia tu dapat lah diselamatkan dan jangan lah rosak sebab motor tu dia guna untuk cari ilmu.

 

Baca: ”Ini pengalaman paling best!” – Netizen Terhibur Tengok Gelagat Student Lelaki Mandi Macam Kat ‘Sunway Lagoon’ Bila UiTM Banjir!

Banjir Uitm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.