in

“Kalau dia tak bagitahu, mungkin lebih teruk” – Wartawan Sedar Ada Kanser Lepas Penonton Nampak Benjolan Pada Leher

Collage 44

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ada segelintir orang yang bernasib baik, dapat tahu ada kanser di peringkat awal dan dapat jalani rawatan dengan cepat, tapi ada juga orang yang tak tahu dorang ada penyakit sampai dah merebak teruk.


Bagi seorang wartawan dari Florida, Amerika Syarikat ini, dia bernasib baik kerana dapat tahu dia ada kanser selepas ditegur oleh salah seorang penonton.

Victoria Price yang bekerja di WFLA News telah meluahkan rasa syukurnya kepada seorang penonton di dalam kenyataannya di Twitter, Jumaat lalu.

Rupanya saya ada kanser dan saya terhutang budi kepada salah seorang penonton WFLA kerana memberitahu saya.”

Dalam kenyataan yang dikongsikan ini, Victoria memberi tahu sejak pandemik ini berlaku, dia telah bekerja keras tak kira masa hingga dia tak fikir tentang kesihatannya sendiri sehinggalah salah seorang pentonton menghantar e-mel kepadanya.

Dia nampak benjolan pada leher saya dan ianya sama seperti benjolan pada lehernya juga dan bila diperiksa, ia adalah kanser.”

Edpytthwkaiush4

Sejurus selepas dia membaca e-mel tersebut, Victoria telah menelefon doktornya dan selepas pemeriksaan dibuat, doktor memberitahu yang tumor tersebut merupakan kanser dan ia sedang merebak tapi dalam keadaan terkawal.

Kalau saya tak dapat e-mel tu, saya takkan telefon doktor saya dan kanser tersebut akan terus merebak. Bila difikirkan, memang agak menakutkan.”

Saya akan sentiasa berterima kasih kepada wanita tersebut yang sanggup bersusah payah untuk e-mel saya walaupun dia tak kenal saya.”

Tambah wanita ini lagi, dia akan menjalankan pembedahan pada hari ini untuk membuang tumor, tiroid dan beberapa kelenjar limfa dan mengharapkan ia pembedahan pertama dan terakhir yang harus dia lalui.

 

Baca: “Sumpah malu weyh!” – Kantoi! Wartawan Tengah LIVE Kat TV, Tak Perasan Suami Mandi Bogel Kat Belakang Screenshot 2020 07 27 At 12.56.49 Pm

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.