in

Degil! Wanita Anjur Birthday Party Anak Masa Kuarantin, Akibatnya 17 Tetamu Dijangkiti Covid-19

Featured 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dilaporkan seramai 17 individu dijangkiti Covid-19 selepas menghadiri majlis hari jadi dianjurkan seorang wanita di Jharsuguda, Odisha, India.


Difahamkan majlis tersebut adalah bagi meraikan hari lahir anak wanita tersebut.

Menurut sumber wanita itu bersama suami dan anaknya baru pulang dari Gurugam pada 6 Jun lalu dan perlu menjalani kuarantin selama 14 hari.

1 28 2

Bagaimanapun dilaporkan wanita itu yang tinggal di rumah pakciknya di Brajrajnagar tidak menghiraukan arahan kerajaan sebaliknya menganjurkan birthday party untuk anaknya dan menjemput jiran terdekat.

Lebih menyakitkan hati, wanita tersebut telah diuji POSITIF COVID-19 pada 15 Jun lalu.

Sehingga hari ini dilaporkan seramai 17 tetamu majlis tersebut yang disahkan positif Covid-19. Lebih teruk lagi, ada antara tetamu tersebut turut menghadiri majlis perkahwinan selepas itu, lapor indiatimes.

Pihak berkuasa masih menjalankan pengesanan ke atas kontak rapat pesakit, malah kawasan dijangkiti juga diisytiharkan sebagai zon bahaya ekoran kes berkenaan.

Untuk rekod India merupakan negara ke-4 di dunia yang terjejas Covid-19 dengan hampir 450,000 kes dicatatkan sehingg hari ini melibatkan lebih 14,000 kematian.

 

Baca : Pakar Italy Dakwa Virus Covid-19 Semakin Lemah & Kita Tak Perlukan Vaksin?

Baca 17 4

Sumber: indiatimes

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.