in

“Kalau bongkar rahsia, lagi selamat kalau tak balik Malaysia” – Caprice Mahu Buat Pendedahan Tentang ‘Misi Gaza’?

Caprice Isu Apa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang ramai tahu, rapper terkenal, Caprice kini dalam usaha untuk melaksanakan misi kemanusiaan ke Gaza dan Mesir sejak dari 23 Jun lepas lagi.


Namun dari beberapa siri posting di Instagram, netizen mulai perasan yang Caprice seakan-akan memberi ‘hint’ ingin mendedahkan tentang ‘keadaan sebenar’ dan apa yang berlaku sepanjang misi Gaza yang dilakukannya dalam masa terdekat ini.

 

“Kalau Caprice bongkar rahsia, lagi selamat untuk Caprice kalau tak balik Malaysia sementara” 

Malah menerusi ig stories terbaru rapper ini, dia ada mendakwa kemasukannya ke Palestin telah dihalang sesuatu dan dia juga kini sedang berkira-kira untuk membongkarkan hal sebenar tentang apa yang berlaku di misi Gaza.

Perkara ini juga katanya sangat berisiko dari segi keselamatannya dan akan memecah belahkan beberapa pihak. Aik pasal apa pulak ni bro? 

Cap 1

Cap 2

Cap 4

Cap 3

 

“Kata nak satukan ummah?” 

Walau bagaimanapun, sebuah video TikTok dari @arieffarhanz telah mengaitkan isu Caprice ini dengan Ustaz Ebit Lew serta mendakwa rappers tersebut seakan-akan menyindir ustaz berkenaan.

Terdapat satu posting Caprice terdahulu yang mengatakan kemasukannya ke Gaza ‘bukan sekadar untuk beri ‘toys’ sahaja’ dan ia didakwa netizen sebagai menyindir Ustaz Ebit. Namun kapsyen tersebut telah pun ditukar Caprice.

@arieffarhanz

Kata nak satukan ummah?? #fypシ #fyp #koyak #capkoyak

♬ original sound – IZZAD DANIEL – IZZAD DANIEL

 

Dalam pada itu, tidak diketahui juga apa yang dimasukkan Caprice sebagai ‘bukan sekadar beri toys’ itu berniat untuk menyindir atau tidak. Lebih baik kita husnuzon je kan? 

Sebaiknya netizen doakan semoga misi kemanusiaan Caprice bertemu kejayaan dan dia akan pulang ke Malaysia kelak dalam keadaan yang selamat.

Baca: “Hampir kena darah tinggi” – Netizen Salute Caprice Berani Buat Sesi Live Instagram Dengan 2 Rakyat Israel

Caprice

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.