Bertudung tapi berfesyen, perkara ini tidak salah selagi fesyen tersebut tidak melanggari syariat yang ditetapkan agama. Walau bagaimanapun, fesyen gaun putih yang dipakai pelakon, Natasha Hudson baru-baru ini mendapat perhatian netizen gara-gara menonjolkan sebahagian daripada bahunya.
Menurut Utusan Online, Natasha macam manapun tak kisah dan enggan melayan kecaman daripada netizen berhubung pakaiannya itu.
Gaun tersebut telah disarung Natasha dalam menjayakan satu majlis pelancaran produk Crystal C White yang menyaksikan dia sebagai wajah dan ikon produk bersama Keith Foo, yang merupakan duta produk tersebut.
“Tiada masalah kenakan gaun tersebut kerana ia masih berlapik”
Meskipun mendapat kecaman hebat netizen, Natasha ada sebab kenapa dia tidak mahu melayan kritikan tersebut. Menurutnya, bahagian yang terdedah tersebut sebenarnya berlapik dan bukan seperti yang orang ramai sangkakan.
“Penata gaya telah dilakukan oleh pihak pengasas produk dan saya tiada masalah untuk menggenakan gaun tersebut kerana ia masih lagi berlapik dan bukan seperti apa yang difikirkan orang.
“Jangan tertipu dengan warna kain ini dan saya tiada masalah untuk menggayakannya kerana ia mengikut tema majlis.
https://www.instagram.com/tv/CJqhWq3gdzb/?igshid=1xrv2a2atl6em
Ini bukan pelancaran kedai mamak, ini majlis pelancaran produk! Tambahan pula saya bukan selalu mengenakan gaun,” katanya.
Tambahnya lagi, netizen perlulah matang dalam memberi komen atau melemparkan pandangan kerana ini berkaitan dengan soal kerjayanya.
“Saya pun malas nak dengar kata-kata orang sebab orang di luar tidak akan berhenti bercakap walau apa pun yang kita buat.
“Saya tak kisahlah. Lagipun bukan mereka yang menyuapkan makan,” katanya.
“Syurga tu pun bukan kedai mamak… senang2 orang boleh masuk”
Kritikan netizen terhadap Natasha antaranya menegur tindakannya yang keterlaluan dalam berfesyen hingga menampakkan aurat yang tidak sepatutnya.
Ramai juga yang sedih kerana mereka pada awalnya kagum dengan perubahan Natasha sebelum ini yang berniqab, namun tak sangka sekelip mata pelakon ini berubah.
Apa-apapun min no komen dan cuma berdoa semoga dikurniakan hidayah. Amin.