in

“Kalau asyik bergaduh, boleh gila” – Puteri Sarah Kekal Hubungan Baik, Syamsul Kerap Jumpa Anak

ft puteri sarah syamsul yusof

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu pergolakan rumah tangga mereka pernah menjadi tumpuan rakyat Malaysia sebelum ini.

Namun begitu, setelah sekian lama berlalu, pelakon Puteri Sarah meluahkan rasa syukur apabila dapat kekalkan hubungan baik dengan bekas suami yang merupakan pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof.


Kata Puteri Sarah, urusan mereka dalam hal-hal menguruskan anak-anak sangat mudah dan dia juga mengakui mereka kini lebih matang dalam menyelesaikan masalah serta cuba sebaik mungkin untuk mengelakkan bertelagah.

Artikel berkaitan : Anakanda Sultan Pahang, Tengku Puteri Jihan Berjaya Raih Ijazah Kelas Pertama Dalam Sarjana Muda Bidang Tekstil

Artikel berkaitan : Puteri Sarah Pinjamkan Guard Untuk Bella Astillah Sebab Risau

 

Elak bergaduh, Syamsul mainkan peranan, kerap jumpa anak

Katanya lagi, dia dan Syamsul memainkan peranan masing-masing dan enggan bergaduh kerana ia akan menyulitkan urusan terutamanya anak-anak mereka.

“Alhamdulillah, setakat ini hubungan kami sangat baik. Syamsul juga kerap berjumpa dengan anak-anak. Kami jalankan peranan masing-masing.”

“Pada saya, kalau nak hidup tenang, kita kena ada hubungan yang baik. Jangan bergaduh, bermasam muka dan tak bertegur sapa.”

“Hal seperti itu bukan sahaja menyulitkan kita tapi juga anak-anak. Kalau boleh, saya nak semuanya baik-baik sahaja. Saya juga dapat sokongan yang baik daripada keluarga mentua.”

“Kita juga kena jaga kesihatan mental. Kalau asyik bergaduh, boleh jadi gila. Bila gila, apapun kita tak boleh buat,” ujar Puteri Sarah kepada Media Hiburan.

Screenshot 2025 08 26 122153

Mengenai kehidupan solonya, Puteri Sarah mengatakan bahawa dirinya kini lebih sibuk dengan jadual kerja sampaikan dia jadi kurang menonjol di media sosial sejak kebelakangan ini.

Malah, berdasarkan pengalaman lalu, ia banyak mengajarnya untuk memilih ketenangan berbanding kontroversi.

“Ketika ini, apa sahaja yang kita lakukan akan menjadi perhatian. Kalau kita terlalu kerap bersuara, nanti orang kata kita juga nak menumpang isu.”

“Lagipun, saya kini sibuk dengan jadual kerja. Biarlah kita sibuk dengan hal ktia sendiri daripada ambil tahu fasal orang lain.”

Screenshot 2025 08 26 122308

“Dahulu, saya lantang disebabkan ada isu yang berbangkit. Saya memperjuangkan hak wanita dan diri sendiri. Ketika ini, saya memilih untuk tidak terlalu menonjol.”

“Saya lebih memilih ketenangan dan fokus pada kerja, perniagaan dan anak-anak. Saya pernah terpalit dengan isu besar sehingga menjadi perhatian ramai.”

Menurutnya, ada baik dan buruk apabila nama dijadikan perhatian. Bagaimanapun, dirinya masih aktif dalam industri.

Sumber : Media Hiburan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.