in

“Kalau amik nasi & lauk gaji dipotong” – Pekerja Warga Asing Dikurung Majikan di Asrama, Hanya Dibayar Gaji RM10

Ft Dikurungmajikan

Seramai 22 pekerja warga asing di restoran dekat Taman Chi Liung, Klang telah dilayan dengan teruk oleh majikan mereka sendiri. Perkara itu berjaya dibongkar oleh sepasukan polis daripada Bahagian (D3) Pencegahan Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bersama Pasukan Petugas Majlis Anti Pemerdagangan Orang (MAPO) Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Menurut Sinar Harian, antara yang dilakukan majikan berkenaan adalah memotong gaji mereka sekiranya mengambil makanan berlauk dan hanya membayar gaji sebanyak RM10. Ketua Penolong Pengarah D3 JSJ Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, serbuan itu dilakukan hasil maklumat dan risikan dijalankan pada Khamis lepas sebelum pihaknya bertindak menyerbu restoran serta dua asrama pekerja.

Pekerja1

Pekerja2

Tiga lelaki warga tempatan berusia 29 hingga 60 tahun iaitu majikan serta penjaga premis telah ditahan menerusi operasi berkenaan kira-kira jam 12.45 tengah malam. Berikut adalah apa yang dilakukan majikan tersebut terhadap pekerja warga asing di restorannya:

  • Pekerja dikurung di asrama
  • Gaji dibayar tidak seperti yang dijanjikan (RM1,500)
  • Hanya bayar gaji RM10 sehari
  • Waktu bekerja – 12 jam sehari
  • Tiada hari cuti diberikan
  • Dikurung selepas waktu bekerja
  • Tidak dibenarkan guna telefon bimbit tanpa kebenaran majikan
  • Diugut pukul jika cuba melarikan diri
  • Makanan dicatu & gaji dipotong jika ambil makanan berlauk

Pekerja3

Pekerja4

Kata Fadil lagi, pihaknya berjaya selamatkan 22 pekerja warga asing itu berusia dalam lingkungan 23 hingga 44 tahun terdiri daripada 11 wanita Indonesia dan 11 lelaki India. Tempat tinggal mereka yang disediakan majikan juga didapati tidak mengikut piawaian Akta 446.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 13 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007, Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966.

Baca: “Jumpa 100 jongkong emas” – Kes Pukul Bodyguard: Terbongkar Rupanya Majikan Terlibat Judi Online & Jadi Ah Long

Emas

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook