in

“Kalau aku mau lari tak cukup tanah” – [VIDEO] Petugas Kesihatan Rakam Imej Pocong, Berdiri Tegak Tengah Jalan

Terakam Imej Pocong Ambulans

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Boleh dikatakan selalu juga kita dengar pengalaman daripada mereka yang bertugas di hospital atau badan kesihatan yang mana terpaksa berhadapan dengan situasi yang menyeramkan.


Kalau sebelum ini ada cerita mereka tidak disertai bukti gambar atau video, kali ini seorang pengguna Twitter @mtbgaa, telah memuat naik video yang dirakam rakannya, seorang driver ambulans memperlihatkan sosok pocong di tengah-tengah jalan. Alamak… 

 

“Masa kejadian sekitar 2 pagi, dapat panggilan ada satu jenazah yang perlu disahkan kematian”

Menurut pemilik Twitter yang juga seorang petugas kesihatan, dia bersama rakannya telah mendapat panggilan daripada call centre berkenaan kes kematian seseorang dan mereka harus pergi untuk mengesahkannya.

Setibanya di rumah arwah, orang ramai kelihatan berkumpul di sana dan disebabkan kereta dan motor terlalu banyak di depan rumah, pemandu ambulans terpaksa menyuruhkan rakannya turun terlebih dahulu sementara dia pula mencari parking.

 

“Driver kami ni pon jenis hati kering terus bawak keluar hp untuk rakam” 

Ketika pemandu ambulans tadi ingin masuk ke dalam rumah yang ada kematian, dia tiba-tiba terlihat sebatang sosok menyeramkan seakan-akan pocong di tengah jalan. Imej itu jelas kelihatan sebab ‘pocong’ terbabit berdiri betul-betul di bawah lampu. Hadoiii… 

Menerut pemilik tweet ini, rakannya itu sejenis hati kering dan tujuan dia merakam kejadian itu adalah sebagai bukti yang dia memang benar-benar nampak sosok tersebut. Haish kalau min lah dah lari sebatu rasanya! 

Pengalaman seram yang dikongsikan itu telah mendapat pelbagai komen daripada netizen yang tak dapat membayangkan diri mereka jika terpaksa melalui situasi seram itu.

Apa-apapun admin salutelah kawan dia tu berani gila sampai rakam video ye! 

Baca: Seram! Wanita Terkejut Nampak Kelibat ‘Lembaga Misteri’ Atas Pokok Jam 3 Pagi Masa Berkhemah

Intai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.